berita

Hidup Sederhana Tetapi Rezeki Berkat – Kisah Sayu Dikongsi Wanita Ini Buat Kami Tersentak

August 23rd, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

keberkatan hidup header

Setiap orang diuji Allah berbeza mengikut tahap kemampuannya. Bersyukurlah saat kita merasa susah ramai lagi di luar sana yang dihujani ujian dan dihimpit pelbagai dugaan bertimpa-timpa.

Seperti yang dikongsi wanita ini, seorang pesakit minta AOR (discharge at own risk) kerana bimbang tak mampu bil perubatan. Sampaikan takut nak makan makanan hospital, takut kena charge. Namun, masih tenang kerana keberkatan rezeki dan hidup yang mereka kecapi.

Pagi tadi isteri tanya perihal nak AOR (discharge at own risk) sebab takut tak mampu bayar bil

Matapencaharian orang miskin

(Sekadar gambar hiasan)

“Doktor, boleh saya tahu berapa anggaran bil anak saya?” Seorang lelaki berpakaian lusuh datang tiba-tiba dan tanya pasal bil.

“Anak yang mana?” Ditunjuknya aku katil hujung.

Ohhh. Ok baby ni. Parents are foreigner, mak stay dekat hospital dengan anak sebab anak prem, berat tak naik-naik lagi capai target. Duk optimise susu. Dan baru pagi tadi isteri tanya perihal nak AOR (discharge at own risk), sebab takut tak mampu bayar bil. Sampai tahap isteri takut nak makan makanan hospital sebab takut kena charge. Ayahnya pulak tak pernah ada dekat ward sebab kerja. Hanya boleh datang lepas waktu kerja pukul 6 petang.

Aku pun pergi dekat sn. Minta dia tolong checkkan estimate bill. Rm900.

Aku patah balik ke ayah. Serba salah. Wajah ayah tak keruan, agaknya berdebar-debar menanti berapa bayaran yang akan aku ucapkan.
“Ayah ni anggaran saja. Lebih kurang ek.. RM900”. Ayah lantas senyum sambil sebelah tangan mengurut dada.

“Ok2.. saya ingat sudah beribu ribu.. isteri saja baru bersalin sudah bayar 3ribu.. lama saya kumpul itu. Sekarang saya kumpul duit untuk anaknya pula. Kalau RM900 insyaAllah saya mampu. Harus kerja lagi keras”. Tenang wajahnya.

Aku senyum, tawar. Sambil angin sepoi-sepoi memukul mata.

Hidup tiga beranak ni nampak amat sederhana

mesra-448x330

(Sekadar gambar hiasan)

Masih jelas wajah si ayah. Masih jelas wajah si emak. Masih jelas nada suara mereka yang bimbangkan mampu atau tak mampu menanggung kos kesihatan anak. Masih jelas riak kesungguhan si ayah mahu terus mencari rezeki utk keperluan keluarga.

Harini semua ni terngiang-ngiang di kepala aku.

Hidup tiga seberanak ini tampak amat sederhana, namun aku pasti mereka beroleh keberkatan yg tak semua orang ada.

Keberkatan rezeki, keberkatan hidup.

Kita hidup sehari hari terlalu kejar banyak benda sampai kita lupa satu yang rupanya kita tak tercicir dari poket kita; Iaitu keberkatan.

Kita kerja siang malam. Duit masuk tiap-tiap bulan. Rezeki ada je yang Allah bagi. Takdela pernah kita tak cukup makan. Tapi kita kerja kadang-kadang dalam perasaan yang tak ikhlas, kerja dalam hati cakap itu ini, keja asyik nak merungut, banyak kerja sikit cakap penat, kejap-kejap ngelat, kena marah sikit rasa benci kerja yang Allah bagi.

Weyh. Kalau dengan pemberian Tuhan yang dah terlalu banyak ni pun kita susah nak ikhlas, kita liat nak ihsan. Kat mana berkatnya rezeki? Sedangkan itulah duit yang masuk jadi darah daging kita setiap hari. Huhu.

Am talking this seriously to myself. The nearest ear. Ketuk kepala berkali-kali sebab dua tiga harini aku banyak merungut. Aku rasa susah untuk ikhlas. Aku rasa sulit benar untuk ihsan.

Tapi mereka beroleh keberkatan yang kita tak ada

images

(Sekadar gambar hiasan)

Harini aku asyik terfikir-fikir. Ramai orang lain yang miskin yang bekerja keras untuk sesuap nasi dan rezeki yang halal. Yang mungkin dapat duit jauh lebih sikit dari kita. Tapi diorang beroleh benda yang lebih besar yang mungkin kita sendiri tak ada, iaitu keberkatan pada setiap titik peluh dan rezeki yang diberikan Tuhan.

Kalau kita rasa kita dah ada semua, ada duit, ada anak, ada kereta, fikirlah semula. Kita mungkin ada semua tu, tapi betul ke kita dapat keberkatan dalam kehidupan

Bro,
Life is just about attaining His mercy. Life is about pleasing Him. If u fail to be one. U gain nothing but anaemic and lethargic to live in this busy hectic world *tapping own shoulder

Sebab hidup ni memang penat kalau hidup untuk manusia dan dunia. Tapi worth living kalau hidup untuk cari redha dan berkat dari Dia.

Pls Allah, we are indeed lost without Your guidance. Berilah kami makna sebenar sebuah keberkatan.

sumber: Alifnunwau Nymous

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×