berita

Hijabster : Aksesori Wanita Berhijab

September 25th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Wanita berhijab turut perlukan aksesori yang cantik dan menarik sebagai pelengkap gaya harian mereka. Lazimnya wanita berhijab akan menggayakan padanan kerongsang atau pin tudung yang bersesuaian dengan stail hijab yang mereka gayakan bagi membangkitkan lagi aura pesona dan anggun wanita sebenar.

Di sini pihak OHBULAN! menampilkan beberapa tips, bagaimana untuk menjaga kerongsang agar sentiasa berada dalam keadaan cantik dan terpelihara.

Elakkan Menyembur Pewangi Ke Arah Kerongsang

Perkara ini harus dielakkan kerana ia mampu memudarkan warna kerongsang dan membuatkan kerongsang kelihatan kusam dan tidak bersinar. Disamping itu, formula yang terkandung di dalam minyak wangi juga dikatakan mampu menimbulkan kesan karat pada permukaan kerongsang.

Lap Kerongsang Dengan Kain Yang Lembut

Sebelum anda menyimpan kerongsang yang telah dipakai, seeloknya lap kerongsang tersebut menggunakan kain yang lembut supaya ia tidak mudah tercalar. Pada dasarnya, kerongsang boleh dicuci dengan air biasa, tetapi pastikan anda lap dan keringkannnya sebelum disimpan.

Simpan Di Tempat Yang Selamat

Bagi kerongsang yang mempunyai banyak batu dan berkerawang, anda digalakkan menyimpannya di dalam kotak khas. Balut kerongsang dengan tisu lembut bagi mengelakkan ia mudah berkarat.

Elakkan Kerongsang Daripada Terjatuh

Perkara sebegini harus dielakkan kerana, sekiranya kerongsang terjatuh risiko untuk batunya tetanggal adalah besar dan ia boleh mencacatkan permukaan kerongsang. Jika batu kerongsang tertanggal, anda digalakkan menggunakan gam khas unutk menampal semula batu tersebut.

Tips Penjagaan Rambut Sunsilk

Perapi tidak akan menyebabkan rambut anda leper dan berminyak sebaliknya lebihan minyak pada kulit kepala ialah puncanya. Gunakan perapi khusus untuk kulit kepala berminyak dan urut dari tengah hingga hujung rambut. Elakkan terkena kulit kepala kerana ia memang semula jadinya mengeluarkan minyak.

Sumber : Pari-pari Hati

SKIP THIS AD ×