berita

Hijabster : “Islamic Fashion Festival” Mengangkat Martabat Fesyen Muslimah

July 18th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Islamic Fashion Festival atau IFF merupakan salah satu platform bagi mengangkat martabat fesyen muslimah di mata dunia. Antara visi utama festival ini adalah untuk menggalakkan ekspresi dan interpretasi kreatif di kalangan pereka fesyen sebagai sumber inspirasi untuk menunjukkan kepelbagaian dan keupayaan fesyen Islam yang dinamik. Selain itu, menerusi rekaan-rekaan yang dipertontonkan, IFF berhasrat untuk mengetengahkan aspek pelbagai dimensi agama Islam dan memaparkan gaya segar dan astistik wanita muslimah.

Setakat ini IFF telah banyak mengadakan pertunjukan di serata dunia, antaranya seperti di London, Manila, Bali dan Perancis. Peneraju utama festival ini adalah Dato’ Raja Rezza, di mana beliau merupakan anak kelahiran Kelantan dan mempunyai pengalaman yang mendalam dalam dunia peragaan.

Secara khususnya, Dato’ Raja Rezza juga merupakan seorang peragawan dan memiliki agensi peragaanya sendiri. Justeru itu, ini membuatkan beliau sangat arif tentang acara pementasan dan telah menggabungkan fesyen dan Islam melalui IFF.

Selain itu, IFF turut bernaung di bawah YABhg Datin Paduka Seri Rosmah Mansor iaitu isteri Perdana Menteri Malaysia. Menerusi festival ini, Datin Paduka Seri Rosmah menekankan dua elemen penting dalam strategi IFF iaitu menerapkan nilai-nilai Islam yang menghulurkan bantuan dan perihatin terhadap insan yang memerlukan serta menjadikan IFF sebagai medium penghubung antara dunia Islam dan Barat.

Kewujudan IFF telah mengangkat fesyen busana muslimah di persada antarabangsa dan ini membuktikan bahawa dunia fesyen sangat luas dan mampu diterokai oleh sesiapa sahaja. Diharapkan dengan adanya IFF ini, ia mampu menjadi inspirasi untuk wanita muslimah tampil lebih fesyenista dalam penampilan harian.

Sumber : Islamic Fashion Festival

SKIP THIS AD ×