berita

Hijabster : Pashmina Paisley

May 8th, 2012 | by Suhailah | 2 comments
Hijabster

Hijabster : Pashmina PaisleyPashmina atau lebih dikenali sebagai kain selendang kian hari semakin popular di Malaysia. Terdapat banyak corak serta material pashmina dihasilkan akhir-akhir ini. Antara corak yang sedang meningkat popular pada masa ini ialah coral motif batik paisley. Corak batik paisley ini berasal dari corak atas rekaan saree kaum wanita india. Corak asal rekaan ini telah di olah semula oleh pereka tudung untuk menghasilkan corak pashmina dengan sedikit sentuhan moden.

Dengan menggabungkan beberapa  warna kedalam corak paisley ia mampu lagi mencantikan lakaran pashmina. Corak paisley ini semakin popular kerana keunikan bentuk lakarannya. Dengan penghasilan rekaan corak yang moden ia mampu membuatkan si pemakai kelihatan lebih menarik.

Corak pashmina paisley yang ada kalanya nampak sedikit padat juga harus digayakan dengan betul. Sebagai contoh corak yg sedikit sarat pada pashmina haruslah di gayakan dengan baju/blouse yang tidak ada corak ataupun dengan corak yang minimal. Ini kerana untuk mengelakkan si pemakai nampak kusam dalam pemakaian yang digayakan. Tetapi jika pengayaan serta padanan yang betul dilakukan oleh so pemakai maka si pemakai akan tampil kelihatan lebih menarik.

Sebagai tips berguna si pemakai hendaklah mengelakkan juga memakai pashmina paisley dengan anak tudung yang berwarna-warni. Kerana ia akan menampakan padat dan sarat pada pengayaan si pemakai.

2 Comments

  1. forever21 says:

    Selalunya selendang ni dipakai ketika ada kursus. dok tempat air con yang sejuk mengigil, wanita-wanita yang bergaya sikit menjadikan selendang ni baju sejuk. Kadang kala ada wanita yang menjadikan nya asesori di bahu.

    (0)
  2. gajah putih says:

    suke tengok pashmina yg ni!!!

    (0)