berita

Hijabster : Tampil Lebih Glamor

May 10th, 2012 | by Suhailah | 18 comments
Trendsetter

Bila? dan dimana sesuai bertudung gaya glamor dengan manik yang sarat selalu bermain di fikiran hijaber diluar sana. Penyelesaian yang mudah sudah pun ditemui. Ini jugalah masa nya untuk anda tampil ekslusif dan kelihatan berlainan dari hari-hari biasa.

                   Hijabster : Tampil Lebih Glamor  Hijabster : Tampil Lebih Glamor

Gaya tudung yang sarat dengan manik yang berkilauan adalah pilihan yang tepat untuk digayakan ke majlis yg formal. Majlis formal yang dimaksudkan adalah sebagai contoh majlis perkahwinan dan juga majlis makan malam. Majlis yang ekslusif seperti ini adalah sangat bersesuaian dengan pemakaian yang elegent dan glamor. Sedikit sebanyak sentuhan glamor yang digayakan ia mampu membuatkan si pemakai tampak lebih ekslusif seiring dengan majlis yang diraikan.

Warna-warna terang seperti oren, biru, merah, kuning dan hijau menjadi pilihan yang sangat tepat untuk digayakan ke majlis formal. Daya tarikan warna seperti ini mampu menyerlahkan kehadiran anda pada majlis tersebut. Harus di ingatkan juga padanan baju/blause yang bersesuaian juga hendaklah dititikberatkan. Dari hujung kepala ke hujung kaki haruslah kelihatan seiringan dengan majlis tersebut.

Untuk anda para hijabers kelihatan lebih feminin namun masih glamor , tampillah dengan penampilan memakai tudung dari fabrik yang lembut. Hasil dari pengayaan tudung lembut tersebut akan mampu menarik mata diluar sana untuk memandang anda. Secara tidak langsung anda mungkin akan menjadi topik perbualan orang disekeliling anda.

Nota: Gambar sekadar hiasan, sumber Facebook.com

18 Comments

  1. Ayamsagoon says:

    Cantik selendang ni..teruja tgk!

    (0)
    • Pondan Sepi says:

      nak beli jgak lah! nanti boleh pakai g majlis kahwin kawan2..
      jgn ingat pondan x pakai tudung!

      (0)
  2. D says:

    cantik ler..! sangat cantik

    (0)
  3. Pria Teruna says:

    bertudung, tapi ade bonggol unta…

    (0)
    • lynda says:

      yg dipanggil bonggol unta adlh rambut palsu yg dijadikan sanggul. rambut asli xdikira bonggol unta dan x haram. haram bg extension rmbut yg dijadikan sanggul shj. :)

      (0)
      • oi says:

        stuju2..bonggol unta tu mcm rambut palsu disanggulkan tp tdk pakai hijab.mcm korang tengok sanggul2 masa miss universe,miss world yg diangkat tinggi2 ..ada g pakai benda2 di rambut supaya dpt mengangkat tinggi,mcm spongelike.cuba tgok kbykkn org arab rmbut diorang tebal2,tpksa disanggulkan.bila pakai tudung,ternampk humps besar di kepala. rmbut wanita arab tidak sama dgn rambut asia yg nipis sesangat. get the fact right girl!! bonggol unta tu bukan yg sllu org ckp2 la.jgn ssuke ati ckp haram kalo ilmu didada secetek air msa kemarau

        (0)
        • cindai says:

          miss oi, kalu rambut asli pun tidak digalakkan utk ditonjolkan sedemikian rupa. kalau boleh sembunyikan rambut tu asal tidak nampak bentuk rambut itu dan jgn sampai org boleh teka panjang mana rambut seseorang itu. Tp dimaafkan kalau mmg dah tak boleh nak sembunyikan dan terpaksa sanggul mcm tu. mcm aku sdiri, rambut ku paras pinggang n bila disanggul nampak bonggolnya. cuma bonggol itu mestilah dijatuhkan kebawah @ betul2 dibelakang leher utk mengelakkan bonggolan itu nmpk dgn jelas. namun sekiranya kita sudah berusaha utk menyembunyikan bonggolan itu, dan masih nmpak jugak, ia di maafkan. Yg penting mesti berusaha utk tidak menampakkan bonggolan itu. sama spt kita berusaha menyembunyikan keaiban kita. spt kebanyakan org skang ni, dorang sanggul rambut yg tk berapa nk panjang mjulang tinggi utk mnampakkan bonggolan rambut. itu haram. kalau pakai extensiaon lagi la haram. sekian. wallahualam

          (0)
  4. perundingimejisteriygmithali says:

    patutla bini i slalu shopping on9 radousite semenjak 2 menjak ni..

    (0)
  5. anggun says:

    cantiknye pompuan ni….cantik sgt2…aku perempuan and xbrtudung tp tgk pompuan ni cantik sgt2…huhuhuhu..

    (0)
  6. forever21 says:

    ni model ker? Kadang kala kalau model, dia hanya pakai tudung untuk gambar. Kat luar free hair.

    (0)
  7. forever21 says:

    ni model ker? Kadang kala kalau model, dia hanya pakai tudung untuk gambar. Kat luar free hair. tapi kalu lah dia bertudung, wow memang cantik..

    (0)
  8. KiX says:

    OHBULAN nie cakap pasal tudung, tapi korang dok cakap pasal model pulak. tak payah lah nak buat cerita. jangan cakap benda yang korang sendiri taktau betul atau tidak. itu fitnah namanya.

    (0)
  9. GerakanAntiFashaSiSendatYangHipokrit says:

    yela…cantik sgt awek ni….xkesahla dia brtudung org x..tp bile dia brtudung cantik sgt..hopefully dia brtudung..tp kamu mmg cantik..sejuk mate memandang..

    (0)
    • nuri says:

      awek ni mmg bertudung la..haritu ada masuk blog dia.. kalo tak mekap muke boleh tahan la..kalo mekap lagi cun

      (0)
  10. kirana says:

    aku slalu masuk blog radiusite ni..tudung dia sume cntk2….tp lum penah dpt bli g sbb…mahal…huhu…de yg sampai 300++….so bf2 sume,klu nk gf kamu pakai tudung,hadiah la tudung mcm ni,mesti dorg xcited nk pakai….tp klu kamu kopak ia diluar tggjwb saya ye….

    (0)
  11. Cik Zem says:

    cun awek tu…

    (0)