berita

Hijabster : Tampilkan Keunikan Dalam Berhijab

July 20th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Dewasa ini, hijab merupakan satu fenomena yang tidak asing lagi di kalangan peminat dunia fesyen tempatan. Terdapat pelbagai rekaan gaya dan potongan hijab diperkenalkan oleh pereka fesyen bagi menampilkan kelainan dan keunikan dalam rekaan mereka.

Berikut merupakan empat langkah mudah untuk diaplikasikan bagi menampilkan kesegaran dan keunikan dalam berfesyen :

Untuk langkah pertama, anda harus memilih dua anak tudung daripada rona yang sesuai, seperti rona hijau dan kuning. Seterusnya, padankan kedua-duanya dibahagian kepala dengan cara bersilang dan pastikan ia selesa dan kelihatan menarik.

Setelah itu, lakukan ikatan selendang di bahagian belakang laher, dan pastikan ia betul-betul kemas agar tidak mudah tertanggal. Seterusnya, ambil selendang di sebelah kiri, dan bawakan ia kehadapan. Lilitkan ia di sekitar bahagian kepala dan pastikan lilitan yang dilakukan tampak kemas dan cantik.

Langkah terakhir, ambil selendang di sebelah kanan dan bawakan ia kehadapan supaya menutup bahagian dada. Sematkan ia di bahagian bahu anda dengan kemas dan cermat. Gaya ini sungguh mudah dan praktikal untuk digayakan setiap hari. Selamat mencuba!

Tips Penjagaan Rambut Sunsilk :

Hujung rambut lebih berusia dan kering kerana ia lebih lama mengalami kehausan. Sebab itu rambut sentiasa kusut terutama di hujungnya. Perapi dapat menyuburkan hujung rambut semula. Hasilnya – rambut lebih kalis terhadap kusut dan putus.

Kredit Foto : Flickr Busana Shafika

SKIP THIS AD ×