berita

Hijabster : Tudung Bawal Bercorak

May 31st, 2012 | by Ai | 4 comments
Hijabster

Masih ramai golongan hijabster yang tercari-cari tudung fesyen apakah yang bakal muncul. Jawapannya sudah pun diketahui. Penghasilan tudung terbaru iaitu Tudung Bawal Bercorak mendapat sambutan yang sangat menggalakkan. Tudung bawal ini sedang menjadi trend untuk para hijabster buat masa kini.

Warna-warna yang menarik serta corak yang pelbagai membuatkan ia semakin mendapat sambutan ramai. Material kain yang diperbuat dari cotton adalah sebab utama mengapa ia menjadi pilihan ramai. Tudung dari material cotton ini memberi keselesaan kepada gadis hijabster untuk menggayakannya.

Bentuk tudung bawal ini juga membuatkan si pemakai senang untuk menggayakannya kerana ia cuma berbentuk segi empat tepat dan perlu dilipat menjadi segitiga lalu bolehlah digayakan. Ringkas dan sangat mudah cara pemakaiannya. Pada yang ingin nampak lebih menarik lagi bolehlah juga menggayakan tudung bawal ini dengan cara lilitan tersendiri.

Pada gadis-gadis dan juga wanita hijabster diluarsana bolehlah anda dapatkan koleksi tudung bawal bercorak ini dan cuba gayakan mengikut keselesaan anda sendiri. Sesekali menukar cara pemakaian tudung dan jenis tudung apa salahnya, mana tahu mungkin ia lebih nampak menarik jika anda menggayakannya.

4 Comments

  1. Suami Derita says:

    Nice…peliknye, student2 yg pandai bergaya dan uptodate dgn fesyen tudung dan dressing. Walaupun tahap student, fesyen sense mrk awesome!! Yg tua2 status bini lak walau dah berkerja dan berduit sendiri, alahaiiii backdated atau buta fesyen. Pergi tgk Komplek Kerajaan Jalan Duta…majoriti smue dressing mcm makcik2 dari bendang sawah. Manelah suami2 tak tergila2 dgn student2 sekarang…dah lah muda, manja2 lak tu tambah dgn pandai berfesyen uptodate..naik selera suami2. Aku pun suke tgk gadis2 pandai tudung trend baru…bukan mcm bini aku….hancussss!

    (0)
    • Gadis_ayu says:

      dah tu kalau awak tu sebagai suami…cakap la kat isteri awak tu suruh bergaya, belikan baju ke tudung ke yang awak suka suruh la dia pakai.ini cakap tidak…mana la isteri tu nak tahu yang awak tu suka dia pakai baju or bergaya yang macammana…..bergaya aja pun tak cukup kalau masak tak reti, jaga anak tak reti…kemas rumah tak reti.asik nak bergaya doplopatjam…tak kena jgk…kalau nk isteri bergaya depan suami…ha kerjasama la jgk….tah pape jer…

      (0)
    • hati bersih says:

      kesian kat ko suami derita, memang ramai bini2 orang yang pakai tudung cam makcik. aku selalu nasihat staf aku supaya be rgaya, bukan untuk orang tapi untuk diri sendiri. tp da orang degil, mentang2 laki tgh sayang. lip stick pun tak pakai, jauh sekali pakaian bergaya. kasut entah ape2.kiranya aku yg dah warga mas ni masih anggun.org selalu sangka aku pertengahan 40an… para suami aku nak pesan kat ko orang, tegur sikit bini ko tu. perempuan memang suka take things for granted. bila laki dah pandang org lain barulah terhegeh2 nak melawa.

      (0)
  2. hati bersih says:

    banyak tudung bawal aku , aku dah sedekah sejak pakai tudung yang ramai org pakai sekarang. Aduh dah trend tudung bawal lak

    (0)