berita

Himpunan Filem-Filem Menarik Gred A Di Astro Maya HD Pada Raya Ke-3. Jom Tengok Sini!

July 30th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

raya3

Wah! Seronok nampaknya beraya ya? Mungkin ada juga yang sudah terpaksa masuk kerja semula di hari raya ketiga ini. Tak mengapa, rayakan sebulan? Hujung minggu ini boleh sambung mengunjungi ahli keluarga dan sahabat handai.

Tak kisahlah sama ada anda berkerja hari ini ataupun tidak, yang pasti anda jangan lepaskan peluang untuk menonton seleksi filem menarik yang disediakan oleh Astro hari ini. Tiada di rumah? Ala, kan boleh record?

Okay. Pertama sekali, buat mereka yang memang layan ‘jiwa’ dan hati sedang berbunga-bunga , anda pasti akan teruja bila Astro Maya HD (135) bakal menayangkan cerita Aku Terima Nikahnya pada jam 2.00 petang ini.

nd

Antara babak romantis dalam filem Aku Terima Nikahnya

Mengisahkan perjalanan cinta tragis antara Johan (lakonan Adi Putra) dan Arlisa (lakonan Nora Danish), sudah pasti kisah menyayat hati ini bakal meruntun jiwa anda semua. Mana taknya, pelakon-pelakonnya gred A la katakan!

Eh. Nak pergi mana tu? Nanti dulu. Pada jam 5.30 petang pula, para penonton akan dihidangkan dengan filem komedi Adnan Sempit 3.

Rasanya semua sudah sedia maklum dengan keriuhan ragam Adnan (lakonan Shaheizy Sam), Bobby (lakonan Along Cham), Nadia (lakonan Intan Ladyana) dan Wawa (lakonan Yana Samsudin) kan? Memang tak kering gusi lah dibuatnya.

raya31

Ngangkung dan Tokan juga bakal ditayangkan hari ini di Astro Maya HD (135)

Di sebelah malam, para penonton akan dihiburkan pula dengan 2 buah filem yang tak kurang hebatnya iaitu Tokan pada jam 9.00 malam dan Ngangkung pada 11.00 malam.

Wah! Bila dianalisa semula, memang cukup pakej genre filem yang disiarkan oleh Astro Maya HD (135) hari ini. Daripada filem romantis hinggalah ke filem seram. Thumbs up!

La.. tunggu apa lagi, cepat catatkan semua waktu-waktu penting tu. Takut nanti terlepas pula! Selamat menonton ya semua!

P/S: Selamat hari raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×