berita

Huawei Bakal Ambil Alih Dominasi Jualan Telefon Pintar Daripada Apple & Samsung?

August 17th, 2016 | by Noraniza
Shout Out!

huaweei new

Umum sedia maklum bahawa Samsung dan Apple adalah dua jenama yang seringkali menjadi teraju utama dalam pasaran penjualan telefon pintar di seluruh dunia.

Namun, tahukah anda bahawa Huawei dan beberapa jenama Asia yang lain kini dilihat boleh menjadi anacaman kepada dua jenama tersohor tersebut?

Huawei bakal beri ancaman besar buat Apple dan Samsung?

huawei

Menurut firma kajian pasaran, Kantar Worldpanel, Huawei dan Xiaomi dilihat kini mula merebut pasaran telefon pintar sedunia yang pesat membangun manakala pengguna pula menjadi lebih keberaran untuk menukar jenama telefon pintar mereka.

“Mereka yang masih memberi fokus kepada dua jenama tersohor seperti Apple dan Samsung telah terlepas realiti sebenar. Apple dan Samsung harus mengenepikan persaingan sesama mereka dan sebaliknya melihat pesaing lain yang wujud di sekeliling.

Sebagai contoh, Huawei kini memasang misi untuk ambil alih Apple sebagai pasaran vendor kedua terbesar telefon pintar pada 2020 dan juga khabar angin yang menyatakan bahawa Google bakal memasuki pasaran telefon bimbit dengan jenamanya sendiri.” Ulas penganalisis Kantar Worldpanel, Lauren Guenveur.

Ini fakta menarik mengenai perkongsian pasaran telefon pintar sedunia

huawei 2

Di Amerika Syarikat, Samsung SSNLF 8.93% menyumbang 37% daripada penjualan telefon pintar dari bulan Mac sehingga Mei manakala Apple AAPL 6.75% pula adalah sebanyak 29%. Malah, penjualan model perdana menunjukkan persaingan yang lebih sengit dimana variasi Samsung Galaxy S7 merebut 16% jualan pasaran berbanding 15% perkongsian pasaran untuk variasi model Apple iPhone 6S.

Di China pula, Samsung cuma memiliki 9% pasaran penjualan manakala Apple hampir mencecah 20%. Pembuat telefon pintar tempatan seperti Huawei telah menewaskan kedua-dua jenama tersebut dengan menguasai hampir 26% perkongsian pasaran manakala Xiaomi pula tidak kurang hebatnya dengan 19%. Malah, jenama Oppo dilihat telah menggandakan jualannya sehingga 8%.

Sementara itu, di India, Samsung masih lagi mengungguli perkongsian pasaran telefon pintar diikuti oleh Xiaomi dan Micromax. Apple dan Huawei juga dilihat mensasarkan kenaikan pasaran di India.

Ini terjadi bila fotografer tempatan test kamera telefon pintar yang berlainan… mana yang terbaik?

Apa kata rakyat Malaysia?

Nampaknya, Apple dan Samsung seharusnya mengambil berat dengan persaingan daripada jenama-jenama seperti Huawei dan perubahan landskap perkongsian pasaran telefon pintar sedunia.

Ha… Macamana pula pengguna-pengguna telefon pintar di Malaysia? Masih menggunakan Apple dan Samsung atau dah mula berubah angin? Nah, komen di bawah ni.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×