Laman Utama » Antarabangsa

Band Hujan bakal mengegarkan sambutan Hitz.FM Birthday Invasion 2012 yang akan berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 25 Februari 2012 bermula 4:30pm. Hujan turut ditemani oleh 12 barisan artis tempatan yang lain seperti K Town Clan, Oh Chentaku, One Buck Short, Pop Shuvit, Dragon Red, Salam, Mizz Nina, Kyoto Protocol, The Azenders, Kartel Made Men, Jason Lo dan Jacman & Skeletor.

Pengurus Rangkaian AMP Radio Networks, Mohamed Raqeem Brian berkata sambutan hari jadi kali ini adalah hadiah paling istimewa kepada pendengar, atas sokongan yang tidak pernah putus daripada mereka.

“Apabila pertama kali kita mengadakan hitz.fm Birthday Bash pada 1998, sambutan yang diterima memang luar biasa. Hari ini, kami berbesar hati kerana hitz.fm kekal relevan malah berjaya menambah jumlah pendengar. Angkar 1.9 juta pendengar yang dicatakan hari ini merupakan yang tertinggi pernah direkodkan oleh hitz.fm mahupun mana-mana stesen radio bahasa Inggeris di Malaysia. Kami menjemput semua pendengar memeriahkan sambutan hari jadi ke-15, semoga terhibur dengan persembahan artis-artis yang akan tampil nanti. Paling utama, hitz.fm akan sentiasa membawakan muzik dan hiburan terbaik untuk Malaysia,” ujar Brian.

Selain hiburan, pengunjung berpeluang memenangi pelbagai hadiah termasuklah membawa pulang sebuah kereta baru! Anda boleh mendapatkan pas akses hitz.fm Birthday Invasion 2012 melalui siaran radio, laman rasmi www.hitz.fm atau hitz.fm Cruisers.

Artikel Berkaitan

  • No related posts.
  • Respon Pengomen Tegar Tersayang

    Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.

    Lagi Artikel OHBULAN!

    K-Pop : Kumpulan CNBLUE Dalam Buku Teks Muzik Di Thailand