berita

Ibu Berang Zizan Digosip Bercinta Dengan Pegawai Astro

February 26th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

zizan

Nampaknya kontroversi yang mengatakan Zizan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang pegawai stesen Astro tidak disenangi oleh ibunya.

Lebih dasyat lagi apabila ada pihak mendakwa ibu Zizan, Anai Ibrahim merestui perhubungan tersebut kerana sering memuatnaik gambar mereka bersama-sama menerusi akaun Facebook. Terbaru, ibu Zizan tampil beri warning.

Zizan Mangsa Fitnah

ibu

Bercakap kepada media, ibu zizan nyata kecewa dengan dakwaan tersebut malah menyifatkan anaknya menjadi mangsa fitnah pihak yang dengki dan iri hati.Tambah ibu Zizan, dia tidak pernah memberi sebarang hint sebagai tanda menyukai perempuan tersebut.

Ibu muat naik banyak gambar (ibu dan Zizan) dengan perempuan lain tapi kenapa dia (pegawai stesen Astro) seorang yang jadi mangsa? Itu satu fitnah, pembohongan paling hebat.

Ibu tak tahulah kenapa ada yang dengki dan iri hati dengan Zizan sampai sanggup buat cerita macam itu? Sedangkan tuduhan itu semuanya penipuan semata-mata. Ibu nak jelaskan ibu tak pernah buat macam itu (muat naik gambar dan beri pembayang menyukai wanita berkenaan).

Jaga Karier Anak

zan

Sebagai seorang ibu yang mempunyai anak bergelar selebriti terkenal, sudah pasti dirinya tidak akan melakukan sesuatu perkara yang bakal menggangu gugat karier anaknya.

Macam ibu cakap tadi ada banyak lagi gambar orang lain (termasuk peminat perempuan) bersama Zizan dan ibu, tapi kenapa dia yang dijadikan sasaran untuk buat cerita begitu?

Anak ibu itu artis jadi sudah tentu ibu tahu kesannya jika buat perkara (muat naik gambar dan status) begitu. Takkan ibu tak boleh fikirkan benda yang tak cerdik macam itu sampai begini kesannya?

Lagipun Zizan kan masih dengan Emma lagi sekarang ini, mustahil lah dia nak tinggalkan Emma macam itu je. Tapi kami tengok kebelakangan ini Emma kerap muat naik status ‘sentap’ di Instagram, hurm kenapa ye agaknya?

Sandiwara Cinta -Republik #emmamaembong #EmaVengers @emavengers

A video posted by emma_maembong (@emma_maembong) on


Kredit Berita : Harian Metro

SKIP THIS AD ×