berita

Ifa Raziah Kongsi Kisah Sedih Kehilangan Ayah Di Ramadhan Ke 8

June 25th, 2015 | by Ash Nordin
Lensa Insta

IfaRaziah

Sayunya hati kami bila terbaca luahan hati Ifa Raziah, menurutnya setiap hari Ramadhan yang ke 8, hati Ifa Raziah terusik sedikit terkenang nasibnya 20 tahun lepas.

Baru-baru ini Ifa Raziah ada memuat naik sekeping foto di laman Instagramnya menceritakan pengalaman perit bagaimana dia kehilangan kehilangan arwah bapanya. Jom kita tengok kat bawah ni apa yang buatkan Ifa rasa sedih sangat.

Ramadhan Ke 8 Hati Ifa Akan Terusik Sedikit Dengan Kisah 20 Tahun Yang Lalu

Salam Ramadhan ke 8…sebenarnya setiap kali dtgnya Ramadhan ke 8 hati ifa akan terusik sedikit dgn kisah 20 tahun yg lalu..Sayunya hati bila mengenangkan hari ini adalah hari ifa kehilangan Ayahda yg tercinta buat selama2nya..Haji Mustapha Bin Haji Yahya..Arwah Abah meninggal didlm keretapi sewaktu mahu pulang ke kampungnya di Kota Bahru Kelantan..dgn hanya berbuka puasa meminum segelas air..arwah abah telah menghembuskan nafasnya terakhir di atas pangkuan mak dgn melafazkan kalimah Allah dgn mudah sekali pd ketika itu Abah,mak dan adik ana berada didlm gerabak Keretapi di Kuala Lumpur sebelum keretapi tu bergerak menuju ke destinasinya..Ya Allah terasa gelapnya dunia ini dan betapa pedihnya hati ifa bagaikan tersusuk sembilu bila mendpt khabar yg abah tiada lagi didunia ini..Ifa terasa sedih sgt ketika itu kerana disaat2 akhir ifa tidak berada disisi abah utk nafasnya yg terakhir..Jenazah terus dibawa ke HKL..itulah kali terakhir ifa dpt melihat wajah abah yg sgt tenang ketika itu seperti Abah sedang tersenyum kpd ifa..Sedihnya Ifa tak terkata hampir tak percaya yg Abah sudah tiada lagi..Sesungguhnya Allah lagi mengetahui..Abah walaupun tiada di mata ifa skrg tetapi semangat abah dan kata2 nasihat abah sentiasa tersemat didlm hati anak mu ni..Selamat Hari Bapa..Abahlah Idola ifa selama ini dan Semangat Abah itulah yg menjadikan ifa lebih kuat & tabah..bangun & bangkit dr kegagalan yg lalu..Al fatehah buat Arwah Abah semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama dgn org2 yg beriman..Amin

A photo posted by ???? IFA RAZIAH (@ifa_raziah) on


Hati kami juga sedih bila baca kisah Ifa ini, siapa sangka seorang artis yang happy go lucky ini rupa-rupanya ada kisah sedih disebalik perwatakannya itu.

Kami harap Ifa dapat kuat semangat dan kami juga mendoakan agar ayah Ifa berada dalam kalangan orang yang beriman. Al-fatihah.

Jangan sedih-sedih ya Ifa, #kipidap dan #pukpukpuk!.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×