berita

Ifa Raziah Sambut Raya Di Singapura, Hilangkan Sedih

August 6th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Jika anda menyambut raya dengan gembira, jangan lupa ada lagi insan diluar sana yang mengimpikan saat gembira untuk menyambut Aidilfitri seperti anda.

Ifa Raziah atau nama sebenarnya Saripah Raziah Binti Mustapha, 36 tahun,  ketika ditemui di Yok Sahur Murai 5 bertempat di Rumah Anak-Anak Yatim Darul Izzah, Bangi meluahkan perasaannya selepas pemergian kedua ibubapanya. Sambutan raya kali ini juga merupakan sambutan raya yang ketiga disambut Ifa tanpa ibubapanya.

“Raya tahun ini adalah raya ketiga saya sebagai yatim piatu, beraya tanpa ibu dan ayah. Walaupun ada adik-beradik, tapi masing-masing dah kahwin dan bersama dengan pasangan masing-masing,” ujar Ifa menjelaskan situasi keluarganya.

Ketika ditanya dimanakah lokasi raya Ifa sekeluarga tahun ini, penyanyi yang popular dengan lagu-lagu dangdut ini memberitahu, “Kali ini saya sekeluarga akan beraya di Singapura bersama Roslan Shah sekali. Kebetulan kami berdua ada jemputan persembahan ketika raya disana, jadi saya bercadang untuk sambut disana sahaja.

“Tapi sebelum pergi, saya akan lawat kubur orang tua saya dahulu dan akan pastikan tempat persemadian mereka bersih.”

Ifa Raziah turut menjelaskan bahawa dia sememangnya mahukan anaknya beraya luar dari tempat asal kerana dia mahu mereka semua melihat budaya orang asing.

Dalam bergelar sebagai artis dan juga seorang ibu, Ifa memberitahu bahawa tanggungjawabnya untuk memastikan kehidupan anak-anaknya selesa juga mempunyai sedikit cabaran. Dalam kesibukan di bulan Ramadhan, Ifa tetap mementingkan anak-anaknya.

“Saya sentiasa curi masa untuk uruskan anak-anak saya. Hari biasa dari Isnin hingga Jumaat, anak-anak akan duduk bersama saya manakala hari minggu pula, mak mertua saya akan jaga mereka.

“Walau sibuk macam manapun, saya tetap akan bangun 4-5 pagi dan siapkan anak-anak saya untuk kesekolah. Sehinggalah mereka keluar dari rumah untuk kesekolah, barulah saya akan tidur atau buat apa yang patut.”

SKIP THIS AD ×