berita

Ikhwan Hot FM Putus Tunang Lagi Sekali. Mana Silapnya?

July 2nd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

DSC_0026

Siapa sangka, disebalik kepetahan berkata-kata dan keletahnya yang bersahaja ketika mengacara, rupa-rupanya Ikhwan Hot FM menyimpan satu rahsia besar dalam hatinya.

Namun, akhirnya rahsia itu terbongkar apabila Ikhwan memaklumkan bahawa dia sudah pun memutuskan tali pertunangan dengan wanita bernama Natasha Nadya yang dikatakan merupakan seorang bekas pramugari.

Tapi, apa yang lebih sedih, ini bukanlah kali pertama Ikhwan putus tunang ya! Sebelum ini dia juga pernah mengalami pengalaman pahit yang sama tetapi dengan wanita berbeza. Nak buat macam mana, belum sampai jodoh mungkin?

Screen Shot 2014-07-01 at 10.16.45 PM

Foto lama : Ikhwan bersama bekas tunangnya, Natasya Nadya

Sebenarnya saya sudah pun putus tunang. Saya memilih tarikh yang baik pada Awal Muharram lalu dan bawa keluarga saya berjumpa keluarga dia. Saya tak mahu aibkan dia. Tambahan pula, ini kali kedua saya putuskan perhubungan dan saya tak mahu kalau saya cerita berkenaan perkara ini, orang akan anggap negatif pada saya.

Saya halalkan apa yang saya bagi dan saya minta pada dia untuk halalkan apa yang dia dah bagi pada saya. Ada benda peribadi yang membuatkan saya terpaksa putuskan hubungan pertunangan itu. Saya, dia dan keluarga dia sahaja yang tahu dan kami putus secara baik.

Kata Ikhwan, rancangannya untuk menamatkan zaman bujang pada tahun ini terpaksa dilupakan dan menganggap bahawa gadis itu bukanlah jodohnya.

Saya pun buat kesilapan. Kalau saya cakap dia jahat, saya pun ada yang tak betul. Jadi saya ambil positif perkara itu. Kalau 10 kali pun bertunang, kalau bukan jodoh kita, tetap bukan juga. Cuma saya sedih kehilangan orang yang baik sekeliling saya seperti ibu bapa dan keluarga dia.

Takpelah Ikhwan, bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Jodoh, ajal dan maut semuanya dah ditentukan. So, chill brader!

SKIP THIS AD ×