berita

Imran Ajmain Kembali Menemui Peminat Pada Konsert Jelajah Negara Royal Slim April Ini

April 22nd, 2014 | by Ai
Make-It-Senang

Imran-Ajmain

Pasti ramai antara anda yang pernah dengar mengenai produk berjenama Royal Slim, kan? Produk kesihatan tersebut mula dikenali sejak Siti Sarah Raisudin dilantik menjadi jurucakap dan telah membuktikan keberkesannya dengan tampil ramping baru-baru ini.

Untuk pengetahuan anda, syarikat yang memasarkan Royal Slim, Le Elise Resources (LER) akan mengadakan jelajah negara buat julung kalinya bermula di Alor Star, Kedah pada 26 April 2014.

Jelajah tersebut diadakan selepas produk keduanya, Royal Slim Detox Platinum berjaya medapat sambutan hangat sejak dilancarkan pada penghujung Februari lalu di Shah Alam.

Menurut Pengarah Urusan LER, Masliana Adam, program ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman menggunakan produk itu bersama para peminat di utara tanah air.

IMG_7796

Kami akan menampilkan duta produk kami, Raja Ema, Siti Sarah Raisuddin dan Shuib Sepahtu pada program jelajah negara itu.

Selain daripada itu, beberapa artis terkenal juga akan turut hadir membuat persembahan antaranya Imran Ajmain, Asfan dan Kamelia.

Tambah menarik lagi, Imran dijangka akan menyampaikan lagu-lagu dari album terbarunya yang berjudul Setulus Kasih pada program itu nanti.

Sementara itu, apa kata anda dengarkan dulu lagu terbaru Imran di bawah ini. Boleh tahan sedap iramanya!

SKIP THIS AD ×