berita

Imran Ajmain “Live @ Hard Rock Cafe” Julai Ini!

June 27th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Syarikat penerbangan, FireFly mempersembahkan showcase Imran Ajmain, “Live @ Hard Rock Cafe” khusus buat para peminat Imran yang telah lama dahagakan persembahan ‘live’nya di Kuala Lumpur. Imran Ajmain kini adalah artis dibawah naungan Life Records sejak pertengahan tahun 2012 lagi.

Imran Ajmain menempa nama semenjak lagu berhantunya ‘Seribu Tahun’ mula berkumandang di corong-corong radio Malaysia. Walaubagaimanapun, dia terlebih dahulu dikenali di Singapura dengan suara lunaknya melalui lagu-­lagu seperti ‘Sudah tu Sudah’ dan ‘Ghaibmu’. Untuk pengetahuan, Imran telah menetap di Kuala Lumpur selama hampir lima tahun sejak terbitnya lagu pertamanya dahulu.

Persembahan pada 15 Julai ini juga turut memperkenalkan bakat baru, dua anak muda dari arena muzik Hiphop. Akeem, merupakan seorang ‘rapper’ dan Zul Mystroe adalah seorang penyanyi dan ‘beatboxer’. Tidak ketinggalan, Keroz Nazri akan turut memeriahkan lagi persembahan ‘Live @ Hard Rock Cafe” nanti. Yang pastinya showcase ini bakal memperdengarkan single terbarunya hasil karya indah komposer terkenal, Azlan Abu Hassan.

Jadi, sila dapatkan tiket anda pada harga RM50 (pre-sale) dan RM60 (doorsale) di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Persembahan akan bermula seawal jam 3 petang pada 15 Julai 2012 (Ahad).

SKIP THIS AD ×