berita

“Independent Fashion Show” Ketengahkan Butik Online Di Pentas Peragaan

July 16th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Pada 14 Julai lalu, telah berlangsungnya sidang media Majlis Independent Fashion Show bertempat di Restoran Sri Melaka, Amcorp Mall, Petaling Jaya. Majlis telah dimeriahkan dengan pelancaran website terbaru untuk butik online terkenal iaitu Butik Lalapop. Butik Lalapop merupakan salah sebuah butik online yang menonjolkan fesyen busana muslimah moden seperti skirt labuh, seluar plazo, dress dan hijab.

Majlis Independent Fashion Show ini julung kalinya bakal dilangsungkan pada 28 dan 29 Julai 2012 di Amcorp Mall, Petaling Jaya. Idea asal bagi merealisasikan majlis ini adalah daripada pihak Ilham Kayaman Studio, di mana majlis peragaan ini merupakan percubaan pertama Ilham Kayaman Studio bagi mengetengahkan bakat-bakat usahawan butik online di mata masyarakat.

Menerusi majlis pertama ini, pihak Ilham Kayaman Studio telah memilih 20 butik online yang bergerak secara solo, dan mewujudkan majlis ini sebagai platform bagi usahawan-usahawan online ini mengorak langkah ke pentas peragaan. Untuk pertunjukan fesyen akan datang, pihak Ilham Kayaman Studio telah memilih untuk mengetengahkan Koleksi busana berupa Fesyen Moden, Hari Raya, Muslimah dan juga Busana Perkahwinan.

Sewaktu acara sidang media ini berlangsung, Butik Online Lalapop telah mengambil kesempatan untuk memperagakan koleksi busana terbaru daripada butiknya. Berikut merupakan beberapa foto busana terbaru beliau untuk tatapan para peminat yang gemarkan pembelian menerusi butik online.

 

SKIP THIS AD ×