berita

[Info Kilat] Aplikasi Wajib Ada Dalam Telefon Pintar Korang..Barulah Pintar!

November 23rd, 2016 | by Epul
Kini Trending

screen-shot-2016-11-22-at-11-21-08-am

Sebenarnya kita semua pernah mengalami situasi apabila kita perlukan info tepat mengenai masukknya waktu solat, arah kiblat juga mencari masjid yang berhampiran tetapi malangnya agak sukar mendapatkan semuanya. Betul tak?

Meskipun ada yang tahu cara alternatif lain mendapatkan info tentang solat, jangan dilupa ada juga antara kita yang masih jahil dan perlukan bimbingan bagi mendapatkan info yang tepat. Tak perlu risau sebab setiap apa yang kita lakukan merupakan pembelajaran. Meskipun mudah tapi jangan diambil terlalu mudah..

Aplikasi mudah bantu pengguna..

screen-shot-2016-11-18-at-11-53-53-am

(Gambar sekadar hiasan)

Ini ada berita baik buat semua, jenama kesayangan rakyat Malaysia kini tampil dengan satu aplikasi yang dilancarkan khusus untuk korang yang sibuk dan selalu travel untuk menjalankan tugas atau sebagainya.

Samsung secara rasminya sudah melancarkan Samsung Solat khusus untuk pengguna-pengguna yang beragama islam. Peranti ini di lancarkan bagi memudahkan semua penggunanya mendapatkan info ringkas tentang solat.

Kaki travel wajib ada sebab…

screen-shot-2016-11-18-at-11-56-19-am

(Gambar sekadar hiasan)

Peranti khas ini bukan sahaja memudahkan korang untuk mendapatkan info ketika dalam Malaysia, sebaliknya korang boleh dapatkan juga info semasa korang pergi travel tau. Kan senang tu..

Jadi tiada alasan lagi untuk kita tidak melakukan tanggungjawab kita kepada yang Maha Esa. Meskipun agama islam membenarkan kita untuk Jama’ tapi perlu diingat syarat-syarat sah untuk kita Jama’kan solat kita.

Sukar mencari arah kiblat bila di luar Malaysia?

screen-shot-2016-11-18-at-11-50-59-am

(Gambar sekadar hiasan)

Situasi ni sering dihadapi buat mereka yang suka travel, bila hotel atau kawasan yang dikunjungi tidak menyediakan tempat kemudahan untuk solat seperti masjid atau surau. Jadi kalau nak solat macam mana nak tahu arah kiblat?

Dengan Samsung Solat, korang tak perlu risau sebab peranti ni sudah dimuatkan dengan ciri-ciri yang membolehkan korang mendapatkan info solat walau di mana korang berada. Hebat!

Samsung Solat! Peranti wajib untuk telefon pintar korang

screen-shot-2016-11-14-at-7-59-22-pm

Wow! untuk pengetahuan korang, antara info ringkas yang dimuatkan dalam Samsung Solat ni :

  • Info Peringatan Waktu Solat – Korang akan dimaklumkan dengan serta merta masuknya waktu solat pada setiap waktu dan waktunya akan berubah secara auto mengikut lokasi di mana korang berada.
  • Info Arah Kiblat – Menariknya Samsung Solat ni, info arah kiblat akan terpapar pada skrin telefon pintar korang dengan serta merta.
  • Disokong dengan Samsung Gear S2 – Bagi yang memiliki jam pintar Gear S2 segala info akan dipaparkan terus pada peranti di pergelangan tangan korang tu. Cool kan..

screen-shot-2016-11-22-at-11-15-39-am

So tunggu apa lagi, muat turun segera aplikasi super trendy ni di Google Play Store dan sebarkan info menarik ini pada rakan-rakan korang sebab perkongsian yang baik itu juga satu ibadah.

Untuk keterangan lebih lanjut sila layari Samsung Solat.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×