berita

Nurul Wahab Nasihat Afiq Muiz

May 21st, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Nurul Wahab

Nampaknya konflik keluarga yang dihadapi oleh pelakon baru, Afiq Muiz dengan ibunya semakin menjadi perhatian ramai pihak.

Jika sebelum ini pelakon tersebut telah dinasihati oleh Shila Amzah serta pendakwah selebriti terkenal Ustaz Wan Akashah, terbaru menerusi laman blog seorang penyanyi terkenal, Nurul Wahab telah turut memberikan pandangan serta nasihat yang sama kepada Afiq.

Menurut Nurul, sebagai seorang ibu serta individu yang telah lama menapak dalam industri hiburan tempatan, dia menasihatkan agar konflik yang berlaku antara kedua anak beranak itu dapat diselesaikan diluar pengetahuan media, agar segala-galanya dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik dan tidak berlanjutan.

Blog Nurul Wahab

Afiq-Muiz

Afiq Muiz pernah didakwa sebagai anak derhaka

Dalam pada itu, Nurul turut memaklumkan bahawa segala pandangan yang diluahkan olehnya adalah sekadar nasihat seorang senior kepada junior, dan langsung tiada niat untuk dirinya mengherdik atau memarahi pelakon tersebut.

Aduhai adik manis yang bernama Afiq Muiz. Kenapa hingga begini jadinya? Kita tak pernah bertemu. Maklum saja Afiq pelakon, dan orang muda. Nama jadi hot tiba-tiba apabila media memaparkan cerita Afiq. Maaf aku tak kenal Afiq tapi sedikit pendapat yang ingin aku kongsikan. Aku percaya yang di luar sana, mahu juga meluahkan pendapat mereka buat insan muda yang bernama Afiq Muiz. Terutamanya mereka yang telah bergelar ibu. Ini hanya nasihat dari seorang senior; bukannya mahu mengherdik atau memalukan orang baru industry seperti Afiq.

Eina Azman

Eina Azman pernah dituduh sebagai pengikis harta Afiq Muiz

Mengulas lebih lanjut mengenai konflik tersebut, Nurul turut menasihati Afiq agar memberikan sahaja seberapa banyak wang yang diminta oleh ibunya, kerana itu adalah salah satu cara bagaimana untuk membalas jasa seorang ibu yang selama ini telah melahirkan dan membesarkan dirinya sehingga menjadi seorang artis seperti sekarang.

Blog Nurul

Untuk ketahui lebih lanjut apakah nasihat yang diberikan oleh Nurul kepada Afiq Muiz, anda juga boleh membacanya di blog rasmi Nurul Wahab di nurulwahabdepp.wordpress.com.

Artikel Berkaitan :

SKIP THIS AD ×