berita

Ini Sebab Filem Zootopia Mesti Masuk List Wajib Tonton 2016!

February 24th, 2016 | by Epul
Shout Out!

zootopiaWow siapa sangka kecil-kecil cili padi tapi jiwa besar macam bukit da. Korang jangan lepaskan peluang menonton filem animasi terbaru ni yang pasti akan buatkan korang lebih bersemangat untuk terus mara kehadapan menuju kejayaan. Lagi-lagi bila ada yang memperkecilkan diri korang tu.

Bukan itu saja, kalau korang tengok filem ni nanti pasti korang akan gelak sampai nangis sebab watak dan perwatakan yang dibawa sangat kelakar dan yang paling penting nanti jangan lupa ushar sikit mana tau ada pula perwatakan member korang dalam filem ni. Nak tau apa lagi menarik dalam Zootopia ni?

Shakira pun berlakon dalam filem ni.

gazelleMemegang watak Gazelle, Syakira dalam Zootopia ni pun sama elegant macam dekat dunia sebenar. Sekali lagi perwatakan yer bukan watak Gazelle ni.

zootopia gazelle 4Macam tak percaya je, comel betul! Dia punya gelek ambik kau.

Kerja di jabatan bukan sesuatu yang mudah.

zootopia 7Lagi satu kalau biasa duduk ofis tu mesti ada disediakan makanan yang sedap-sedap waktu tu diet entah ke mana feeling nak jaga badan semua entah ke mana.

slothBukan semua yang kerja tu ‘pantas’ macam Flash dalam zootopia ni, ada yang bekerja laju tapi hasilnya hado. Jadi perlu ada bimbingan orang dewasa nasihatkan adik-adik supaya jangan tiru aksi Flash dalam cerita ni.

Jenayah?

zootopia crimeSepanjang merungkai jenayah ni bukan hanya nilai persahabatan sebaliknya rukun tetangga tu yang perlu dititikberatkan. Kadang-kadang duduk sebaris taman tapi jiran sebelah rumah pun tak kenal. Ada ke patut? So kita yang dewasa ni boleh ambil iktibar okay.

Korang berhak memilih dalam hidup.

zootopia 2Ketahui diri korang seawal mungkin supaya tak terlalu lama membuang masa. Kuasa memilih ada di tangan korang, dalam filem ni banyak korang mesti dapat semangat baru. Lagi- lagi yang nak turunkan berat badan tu.

Mana yang patut didahulukan?

Zootopia 12Bersusah dulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya. Ha kalau korang ushar trailer kejap lagi jangan lupa nak ambil nilai-nilai murni tau. Belajar apa yang patut didahulukan dan mana yang patut disingkirkan. Lagi satu nak memilih atau buat keputusan tengok pada situasi juga.

So apa tunggu lagi? Korang mesti nak tau apa je adegan-adegan yang mencemaskan dalam filem Zootopia ni. Tengok sikit trailer ni.

Zootopia Official US Trailer #2

Happy Zoo Year! The new trailer for Zootopia featuring Shakira’s new single “Try Everything, is here! Watch now and see the film in theatres in 3D March 4!

Posted by Zootopia on 31hb Disember 2015

Sumber: Facebook Zootopia 2016

 

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×