berita

Insiden Kehilangan Pesawat #MH370, Abang Ipar Ameer Forteen Antara Krew Kabin Yang Terlibat

March 10th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Ameer

Ameer ( tengah) memaklumkan bahawa abang iparnya terlibat dalam insiden MH370

Kini sudah masuk hari ketiga pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH370 terputus hubungan dengan menara kawalan dan pihak petugas masih giat menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Dikhabarkan mungkin telah membuat ‘air turn back‘, namun sehingga detik ini, tiada sebarang perkhabaran gembira diterima oleh seluruh dunia yang sedang resah menantikan kepulangan pesawat tersebut.

Perasaan bimbang dan hiba lebih dirasai oleh Ameer Forteen apabila dikhabarkan abang iparnya, Junaidi Mohd Kassim merupakan antara 12 anak kapal yang bertugas dalam pesawat yang hilang itu.

Screen Shot 2014-03-10 at 11.44.26 AM

Screen Shot 2014-03-10 at 11.12.59 AM

Penyanyi tersebut telah memuatnaik status di laman Twittternya semalam dan memohon agar semua pihak mendoakan agar kesemua penumpang dan krew kapal selamat daripada mengalami sebarang nahas.

OHBULAN! difahamkan bahawa abang iparnya yang berusia 37 tahun itu telah berkhidmat sebagai pramugara di MAS selama 15 tahun dan merupakan suami kepada kakak sulungnya, Linda.

Screen Shot 2014-03-10 at 11.14.49 AM

Foto semua anak kapal yang bertugas di pesawat MH370

Antara senarai krew kapal lain yang bertugas di pesawat MH370 ialah Kapten Zaharie, Fariq Abdul Hamid, Patrick Francis Gomes, Andrew Nari, Goh Sock Lay, Tan Ser Kuin, Wan Swaid Wan Ismail, Mohd Hazrin Mohamed Hasnan, Ng Yar Chien, Foong Wai Yueng dan Tan Size Hiang.

Apapun, kami amat berharap agar semua pihak dapat mendoakan keselamatan setiap individu yang menaiki MH370 dan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai perkara ini demi menjaga perasaan ahli keluarga mangsa.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×