Sekitar penghujung tahun 2012, Shahrizal Jaszle telah mengikat tali pertunangan bersama Redzwani Puteri. Di majlis pertunangan yang berlangsung di kediaman perempuan, Banting, Shahrizal memberitahu bahawa mereka akan mengikat tali pertunangan mereka selama setahun setengah dan dijangkakan bernikah pada pertengahan tahun 2014.
Namun, menerusi laporan terbaru, pelakon berusia 25 tahun ini mendedahkan bahawa majlis pernikahannya telah ditunda sehingga tahun 2015.
“Ya… kami memang pada awalnya ingin berkahwin awal tapi ibu bapanya mahu dia tamatkan pengajian dahulu. Insya-Allah dua tahun lagi (bernikah). Sebagai anak kami mengikut sahaja apa yang terbaik bagi keluarga.” – dipetik dari mStar Online.
Kami kira, terasa lama juga Shahrizal Jaszle dan Redzwani Puteri bertunang. Lama tidak lama, rupanya baru saja mencecah tempoh 3 bulan. Dalam tempoh itu, Shahrizal mengaku banyak juga dugaan yang ditempuhnya kerana masing-masing sibuk dengan kerjaya dan masa depan.
“Dugaan pertama ialah jarak dan masa yang mana kami jarang bertemu kerana kesibukan masing-masing.
“Dia juga sibuk dengan pengajiannya, jadi kami agak sukar berjumpa tetapi hanya berkomunikasi menerusi telefon.” – dipetik dari mStar Online.
Semoga Shahrizal Jaszle & Redzwani Puteri bahagia kehujung hayat.

at 8:08 am
Baru 3 bulan dah mcm2 dugaan. Nak tunggu 2 tahun? Harapnya berjaya menempuh semua dugaan dgn sabar.
at 10:12 am
aku dulu tunang 3 bulan jer, tu pun mcm2 gak dugaan..yg ni sampai 2 tahun..tak tau la mcm mana, nak2 tunang artis pulak kan. Tunang shahrizal ni kena bykla bersabar….
at 10:48 am
Saya bertunang 8 tahun, alhamdulillah, tak ada masalah, masih bahagia setelah 4 tahun berkahwin. Atas individual untuk kekal bahagia atau tidak. Seelok-eloknya doakanlah yang terbaik untuk mereka, kan lagi afdhal bersangka baik daripada bersangka buruk sentiasa..
at 10:48 am
Saya bertunang 8 tahun, alhamdulillah, tak ada masalah, masih bahagia setelah 4 tahun berkahwin. Atas individual untuk kekal bahagia atau tidak. Seelok-eloknya doakanlah yang terbaik untuk mereka, kan lagi afdhal bersangka baik daripada bersangka buruk sentiasa..
at 2:27 pm
saya pula tunang dh nk hampir 2 tahun setengah..memng bnyk dugaan..tpi x pelh klu sudh trtulis itu jodohnya pasti x kn ke mana.harp kekal ye hingga ke jinjng pelamin..insyallah
at 5:48 pm
saya pon bertunang hampir dua tahun, dugaan banyak. lepas satu persatu, Alhamdulillah..
apa2 pon kepercayaan itu perlu
at 5:12 pm
saya plak dah tunang 25 tahun. masih bertahan pertunangan kami. diharap berkekalan selamanya
at 2:02 pm
knapa lama sangat nak kahwin sampai 2014???semoga berkekalan sampai hujung nyawa