berita

Intai Koleksi Rambut Palsu Erra Fazira

June 13th, 2012 | by Noraini Nasir | 18 comments
Trendsetter

Siapa yang tidak kenal dengan Ratu Rambut Palsu, iaitu Erra Fazira. Artis ini memiliki koleksi rambut palsu yang pelbagai fesyen, sama ada rambut panjang mahupun rambut pendek. Persoalannya di sini, kenapa perlu memakai rambut palsu? Mungkin Erra Fazira ada sebab yang tersendiri.

Antara koleksi rambut palsu potongan pendek yang Erra Fazira miliki adalah :

Kesemua rambut palsu ini digayakan dalam pelbagai cara dan mengikut situasi yang tertentu. Mungkin sesetengah rambut palsu yang digayakan oleh Erra ini adalah bagi mengikut watak dan karakter yang dibawa dalam filem lakonannya. Tetapi tidak dinafikan, Erra sememangnya pandai memilih rambut palsu yang berkualiti tinggi, ini adalah kerana setiap rambut palsu yang digayakan oleh Erra kelihatan natural dan cantik sahaja.

Selain koleksi rambut palsu berpotongan pendek, Erra turut memiliki rambut palsu berpotongan panjang. Kesemua rambut palsunya, digayakan mengikut kesesuian majlis dan situasi yang ingin dituju. Ini menunjukkan bahawa, Erra Fazira sangat bijak menggayakan rambut palsu peribadinya ke setiap majlis dan sangat sesuai dengan pemilihan busana yang dipakainya.

Erra Fazira ini bukan sahaja cantik, malah sangat pandai berfesyen dan bijak berdandan. Ini merupakan satu personaliti yang seharunya ada pada setiap artis di Malaysia. Ini adalah kerana, artis bukan sahaja perlu kelihatan cantik dalam sesuatu majlis, malah mereka seharusnya menjaga personaliti  sepanjang masa, agar menjadi ikon fesyen untuk peminat-peminat mereka.

 Sumber : Gambar dari sensasi selebriti

18 Comments

  1. smurf says:

    haram la kak erra pakai rambut palsu tu.

    (1)
  2. JIJI says:

    PEMAKAIAN RAMBUT PALSU ADALAH HARAM……………………………….DIA NI PERNAH TAU TAK TENTANG HAL NI……..

    (1)
  3. Harun Aziz says:

    Pakai rambut palsu itu harommm

    (0)
  4. NABILA says:

    dia pakai rambut palsu sebab rambut dia dah rosak teruk. rambut dia kan kerinting…then gi luruskan. mau tak rosak. sbb tu EE cari pmpuan lain kut. ye la…kat luar pakai rambut palsu bkn main comel. tp bila kat umah, rambung mengerbang semacam. hehehee

    (0)
  5. facebook_edykeding says:

    so dia ni botak ke?

    (0)
  6. klon erra says:

    dosa korg ni tuduh2 rambut dia..biarkanlah dia..dia yg tggung dosa..xpyh la nak ckp psal rumahtangga dia sbb ko org luar n bkan tau ape2..sbb cerita mcm 2 la msjid org musnah..

    (0)
  7. Wazi says:

    Pakai rambut palsu sebab 1) tak nak pakai tudung, belum sampai SERU katanya
    2) rambut asli mmg sangat2 gagal, kalu tak percaya tengok rambut dia masa filem SEMBILU 1, haaaa tu lah rambut sebenar dia.. SERAMMMM makk!!!

    (0)
  8. hasya says:

    daripada buat koleksi rambut palsu, lebih baik & seelok-elok nya pakai tudung & buat koleksi tudung…

    (0)
  9. hati bersih says:

    biarla, tengok jer.. tapi bagi ku dia cantik

    (0)
  10. maimon says:

    erra mmg botak coz pnah nmpak die dlm game 1 vs 0, key die tcabot sbb tlmpau syok main..mse tuh spotlite terang..mmg nmpak ketara kebotakan die…cpat2 die sarung blik key tu

    (0)
  11. hamba allah batu pahat johor says:

    saya teringin nak tengok rambut asli awk era fazira oi…..ada sya dengar org ckp rambut awk keriting halus asli..ye ke…hehehe…….kan cantik kalau betul tu..kurnian allah tu…nape mesti guna yg palsu dari dolu–do…lu sampai la ni…..hem……………………………………………………………..

    (0)
  12. leena says:

    dia ni memang suka pakai rambut palsu.heran aku dia takde rambut kot.

    (0)
  13. puteri says:

    bukan la, rambut erra ni agak kebelakang.. telinga erra jugak agak capang… jd, bile die x pakai rambut palsu, rambut original die nmpk la mcm dahi luas.. tu sbb rmbut palsu yg die pakai kbykknnye tutup telinga.. mertua vs menantu erra stil pki rmbut palsu, tp menampakkan telinga die. so, nmpk kurang cun la kt situ..

    (0)
  14. hehehe says:

    pakai tudung je senang…lgpun aurat kan rambut tu…ttp jer aurat tentu lbh cantik n manis…

    (0)
  15. mak temah says:

    .CUBE BUKAK RMBT BETUL TU..TAH MCM MANA LA RUPANYA NANTI….AGAK2NYA DAH XDE KOT POSE2 MCM NI HAHAHHA

    (0)
  16. cucurkodok says:

    “Hadits Asma binti Abu Bakar radiyallahu ‘anha, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wassallam melaknat wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu) dan wanita yang minta disambungkan rambutnya (Muttafaqun ‘alaihi)

    (0)
  17. twitter_eznieaziz says:

    erra pakai rambut palsu ker tak tutup aurat ker itukan hak peribadi.. kita kat luar hidup dia ni diam-diam jer tak payah komen yang negatif kerana keburukan kita pun kita tak sedar.. biarlah ALLAH yang menilai kita semua… kita jaga jer amalan kita masing-masing

    (0)