berita

Interior Designer Yang Power Ini Kongsi 6 Tips Untuk Buat Rumah Korang Kelihatan Wow!

November 28th, 2016 | by Epul
Make-It-Senang

ay

Setiap orang inginkan rumah yang selesa. Sebenarnya tak kisah la rumah jenis teres, kondominium, apartment ataupun rumah kayu sekali pun, kalau anda jenis tahu menghias dengan cara yang betul pasti rumah anda itu nampak cantik dan moden.

Tapi bagaimana nak dekorasi rumah dan mendapatkan result yang cantik? Haa, interior designer yang bernama Amin Yusoff ini akan berkongsi tips-tips berguna untuk buat rumah anda nampak WOW! Percayalah, anda akan dapat banyak info lepas baca artikel ni. Nak tahu lebih lanjut? Jom baca ni.. Tak sabarnya..

Sebelum itu, fakta mengenai cat yang anda perlu tahu!

screen-shot-2016-10-03-at-4-26-49-am

Untuk pengetahuan anda, warna hijau dapat menambah kesegaran minda. Tapi awas, bukan semua hijau, salah hijau boleh stress dibuatnya. Warna hijau yang kami maksudkan itu adalah seperti di bawah;

screen-shot-2016-10-03-at-3-47-52-am

Selain itu, setiap warna ada tona panas dan sejuk. Contohnya warna merah adalah warna panas. Tapi dalam warna ada tona. Kalau anda pandai pilih, anda boleh dapat tona merah yang sejuk.

screen-shot-2016-11-14-at-5-08-08-pm

(Contoh warna sejuk dan warna panas)

Color kombinasi yang boleh rumah anda nampak ‘WOW’

screen-shot-2016-11-14-at-4-24-30-pm

(Warna alam yang mendamaikan – Foto oleh Kansai Paint)

Menurut Amin Yusoff, dia memperoleh ilham dari keajaiban Alam semulajadi. Contohnya seperti warna burung, warna alam, warna suasana serta warna tumbuhan. Macam mana rupanya tu? Anda boleh check out kat foto-foto di bawah ni.

screen-shot-2016-11-14-at-4-36-56-pm

Untuk tahun 2017 nanti, warna-warna yang berunsurkan buah-buahan dan sayur-sayuran menjadi pilihan kerana akan menjadikan ruangan anda tampak segar dan ceria.

Dekorasi ‘Cun’ dengan menggunakan cat

screen-shot-2016-11-14-at-4-23-29-pm

(Gabungan warna yang tampak menceriakan ruang kerja/belajar- Foto oleh Kansai Paint)

screen-shot-2016-11-14-at-4-30-33-pm

(Gabungan dua tona tampak modern dan kemas- Foto oleh Kansai Paint)

Cara terbaik untuk dekorasi menggunakan cat adalah ‘Formula 3W3T1F’. Eh formula apa pula tu? Apa maksudnya? Haa, ia bermaksud 3 Warna Neutral 3 tona dari warna neutral dan 1 warna favorite, color blocking atau warna asas yang anda suka. Tujuannya adalah untuk mendapatkan hasil yang padat dan eksklusif.

screen-shot-2016-11-14-at-12-27-15-pm

(Sentuhan warna-warna lembut menjadikan sesuatu ruang tampak luas dan indah- Foto oleh Kansai Paint)

screen-shot-2016-11-14-at-5-13-22-pm

(Contoh warna yang tampak menarik di ruang bilik air- Foto oleh Kansai Paint)

Nak lain dari yang lain? Anda boleh cuba menggunakan teknik ‘Dip In’. Bayangkan anda celup ruang dalaman anda dalam satu tong warna cat. Semua perabot dan dinding satu warna. Teknik ini jarang orang buat tapi ia menarik untuk alami dan belajar menghargai rekabentuk.

Idea jimat ruang untuk rumah yang kecil

screen-shot-2016-10-03-at-4-19-46-am

(Plan layout untuk rumah yang tak besar)

Menurut Amin Yusoff, penggunaan elemen harus dikawal, warna neutral menjadi style keseluruhan ruang, serta dikejutkan dengan elemen shining oleh bronze mirror. Dengan adanya cermin bronze ni, ruang akan lebih nampak besar dan sekaligus elegan.

screen-shot-2016-11-14-at-4-25-10-pm

(Pemilihan warna terang membangkitkan aura sesuatu ruang- Foto oleh Kansai Paint)

Cermin diletakkan di tempat ceiling menampakkan ilusi ketinggian yang menarik. Kabinet dwi fungsi digunakan sebagai anchor ruang. Dalam kabinet ini terletak pintu masuk dapur, ruang ironing dan storage.

Bagaimana konsep untuk bilik tidur pula?

screen-shot-2016-11-14-at-12-29-42-pm

(Beauty with purpose bedroom style- Foto oleh Kansai Paint)

Konsep ‘Beauty with purpose bedroom style’ ini kebiasaannya dikaitkan dengan wanita yang gemar menggunakan warna-warna lembut seperti merah jambu dan ungu lembut. Warna merah jambu ini juga boleh menonjolkan keperibadian seseorang yang menampakkan dia seorang yang romantik, penyayang dan lembut.

screen-shot-2016-10-03-at-4-44-39-am

Hipster rustic bedroom style

Selain dari konsep diatas, konsep ‘hipster rustic bedroom style’ juga dapat memberikan kesan rustic. Warna yang garang perlu digunakan untuk memberi kesan lama kepada ruang. Penggunaan warna oren dan abu-abu kehitaman , senonim dengan hipster di mana mereka ingin menonjolkan classic, timeless dan shooting.

Jadi, cat apa yang sesuai untuk digunakan? Ini rahsianya..

screen-shot-2016-09-20-at-1-06-11-pm

Tahukah anda warna cat rumah memainkan peranan yang sangat penting? Warna cat yang lembut serta kualiti terbaik cukup untuk menampakkan rumah anda luas dan cantik. Apa? Tak tahu jenis cat apa yang anda nak guna? Haa, ni kami nak kongsikan dengan anda. Jawapan kepada semua permasalahan di atas ialah Kansai Paint.

Kansai Paint bukan sekadar cat yang boleh mencantikkan rumah anda, malah ia merupakan jenis cat yang mampu mencegah dari penyakit dan kotoran yang boleh menjejaskan kesihatan anda sekeluarga. Tambahan lagi bila penyakit berbahaya seperti Zika dah menular di kebanyakan negara. Terbaru, kita dikejutkan dengan berita pembawakan Zika di Klang. Bahaya nya..

screen-shot-2016-09-22-at-4-59-01-pm

Kansai Paint mempunyai pelbagai jenis cat yang menjaga alam sekitar dan kesihatan antaranya :

  • Mosquito Repellent Paint, cat ini mempunyai kebolehan untuk menangkis nyamuk dari bermaharajalela di rumah anda. Hebat bukan?
  • Self Cleaning Paint, cat istimewa yang digunakan khas untuk cat luar rumah dengan agen pembersihan sendiri. Ia juga dapat mengelakkan dari kulat dan alga tau.
  • Air Purifying Paint, iaitu cat dalaman dengan kebolehan menghilangkan bau dan menyegarkan suasana serta ianya anti-virus.

screen-shot-2016-11-14-at-4-24-10-pm

(Tona warna yang mendamaikan- Foto oleh Kansai Paint)

Untuk pengetahuan anda, kesemua teknologi yang terdapat dalam cat Kansai Paint ni adalah teknologi dari Jepun. Macam kami bagitahu tadi, ia bukan sekadar cat malah ianya salah satu formula untuk melindungi anda dari segala kotoran dan kuman. Jangan pandang rendah sebab sekarang ni macam-macam penyakit ada tau. Haihh.. Bahaya betul.

Psst! Berita baik buat korang semua,beli mana-mana cat 5 liter Mosquito Repellent Paint atau Self Cleaning Paint melayakkan korang untuk menerima perlindungan insuran MosBite sehingga RM 1000 tau.. Jadi kalau korang nak tahu dengan lebih lanjut mengenai cat yang mampu melindungi keluarga korang daripada bahaya penyakit, korang boleh layari laman Facebook Kansai Paint.

Selain itu, untuk tahun 2017 ni, korang rasa apa warna yang bakal menjadi tema agaknya? Kalau nak tau terus je ke laman Kansai Paint dan muat turun sendiri Kansai Paint’s Colour Forecast 2017 untuk maklumat lebih lanjut. Mudah kan? So, jom cat rumah!

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×