berita

Viral Taktik Cabul & Rogol Di Pulau Perhentian, Ini Penjelasan Dari Pihak Polis

March 23rd, 2017 | by Shafika
Isu & Kontroversi

ohbulan-dirogol

Semalam viral apabila seorang wanita berkongsi kisah mendakwa pemandu pelancong di Pulau Rendang dan Pulau Perhentian melakukan aktiviti tidak bermoral. Paling menakutkan apabila wanita ini turut berkongsi anak muda tempatan cuba mengambil kesempatan terhadap pelancong wanita termasuk menyalit minyak dagu.

Artikel Berkaitan : Taktik Cabul, Rogol Di Pulau Redang & Perhentian – Gadis Ini Kongsi Kisah Benar Disebalik Keindahan Pulau

Terbaru, pihak polis Kuala Besut hari ini menafikan laporan berita yang tular di media sosial mengenai pelancong wanita dirogol atau dicabul oleh pemandu pelancong di Pulau Perhentian dan Pulau Redang di sini.

Wanita itu tidak dapat memberikan bukti kukuh

perhentian-island

“Hanya ada satu sahaja kes seorang wanita Iban yang mendakwa dia dirogol oleh pemandu bot di Pulau Perhentian, itu pun pada tahun lepas.

“Namun setelah disiasat, dakwaan itu tidak benar kerana wanita itu tidak dapat memberikan bukti kukuh,”

Ketua Polis Daerah Besut, Supt Mohd Zamri Mohd Rowi mengatakan pihak beliau tidak pernah menerima sebarang laporan daripada mana-mana pelancong wanita tempatan atau asing yang berkunjung ke Pulau Perhentian berkaitan dakwaan tersebut.

Pemandu pelancong merupakan penduduk tempatan

perhentian-besar

“Tuduhan ini tidak boleh sewenang-wenangnya dilemparkan kepada pemandu pelancongan kerana kebanyakan mereka merupakan penduduk tempatan.

“Mustahil untuk mereka melakukan kegiatan yang boleh menutup periuk nasi mereka sendiri,”

Pengerusi di Pulau Redang yang dipertanggungjawabkan menjaga keselamatan Pulau Redang itu menganggap wanita yang mendakwa itu berkemungkinan tidak berpuas hati terhadap layanan diberi sehinggakan sanggup mereka cerita.

Dianggap sabotaj kepada industri pelancongan

0221-e1437920949458

“Pada saya sekiranya berlaku unsur seperti yang disebutkan itu, semestinya laporan polis telah dibuat,” katanya.

“Saya juga anggap ia sabotaj kepada industri pelancongan di Pulau Redang yang saban tahun meriah dikunjungi pelawat tempatan dan asing,”

Kes ini akan segera disiasat dengan penulis sebenar laporan berita itu kerana dakwaan sedemikian boleh menjejas kemeriahan Tahun Melawat Terengganu 2017 (TMT 2017) yang sedang berlangsung.

Justeru itu pihak polis mengharapkan agar semua orang tidak perlu khuatir terutama buat pelancong wanita yang ingin ke Pulau Perhentian.

Sumber : Astro Awani

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×