berita

Iron Man 3 : Kenapa Tony Stark Gagal Cipta Sut Tahan Panas? [Spoiler Alert]

April 26th, 2013 | by Noraini Nasir | 8 comments
Filem Antarabangsa

Iron Man 3

Akhirnya masa yang ditunggu-tunggu telah pun tiba.

Filem Iron Man 3 bakal menemui peminatnya diseluruh pawagam hari ini dan pasti ramai antara anda sudah booking tiket awal-awal untuk menontonnya selepas balik kerja nanti kan?

Jadi sebelum menonton apa kata anda baca dahulu serba sedikit review ini bagi menambahkan lagi rasa keterujaan anda mengenai filem ini.

Kronologi filem ini bermula sekitar 13 tahun lalu dimana Tony Stark merupakan seorang yang sangat  sombong dan langsung tidak memikirkan tentang perasaan orang lain sehingga tanpa disedari, dia telah mencipta musuhnya sendiri.

Filem Iron Man 3

Insiden tersebut bermula di mana pada ketika itu Tony berada disamping seorang wanita bernama Maya dan pada masa yang sama, datang seorang lelaki yang dikenali sebagai Aldrich. Aldrich telah menghampiri Tony Stark dan menyatakan hasratnya untuk bekerjasama dalam sebuah projek dibawah organisasi AIM (Advanced Idea Mechanics).

Bagi anda yang tidak tahu, AIM merupakan sebuah organisasi jahat di bawah Marvel Universe, di mana ia lebih fokus kepada pembangunan teknologi. AIM turut dikenali sebagai sebuah organisasi yang melatih krew mereka dari segi mekanik dan sains serta menggunakan individu yang bijak untuk melaksanakan tujuan jahat mereka.

Konflik mula tercetus apabila Tony memungkiri janjinya dan enggan bekerjasama dengan Aldrich. Bermula daripada malam tersebut, Aldrich menyimpan dendam dan berhasrat untuk menentang Tony Stark suatu hari nanti.

Iron man 3

Perasaan yang sama turut hadir dalam diri Maya kerana Tony Stark telah meninggalkan dirinya begitu sahaja selepas mengadakan hubungan intim.

Bermula daripada insiden tersebut, kedua-dua mereka telah bekerjasama untuk menentang dan merosakkan kehidupan Tony Stark. Maya yang juga merupakan seorang saintis telah mencipta sejenis sel DNA yang berhubung dengan tubuh badan manusia dan sel tersebut difahamkan mampu menghasilkan haba yang sangat panas dan membaik pulih sel badan yang rosak.

Selepas hampir 13 tahun, Aldrich telah kembali. Namun, kali ini dia kembali dengan niat jahatnya untuk memusnahkan Tony Stark. Walaupun sikap Aldrich ini dilihat kebudak-budakkan, namun ia telah mendorong dirinya yang pada satu ketika dahulu hanyalah seorang lelaki biasa menjadi seorang yang lebih berkuasa.

iron-man-3-trailer-11-questions-raised-118967

Menerusi filem Iron Man kali ini, Tony Stark telah mencipta sebuah sut baru yang dikenali sebagai Iron Patriot. Sut ini dikawal oleh rakan baiknya Colonel James Rhodes.

Secara dasarnya, sut ini direka bagi mengawal keselamatan Presiden Amerika. Akan tetapi, ianya telah berjaya dirampas oleh musuh dan mereka menggunakan sut tersebut untuk menculik dan membunuh presiden.

Iron Man 3

Namun begitu, hasrat Aldrich tidak tercapai kerana misi tersebut telah dirosakkan oleh Tony Stark dan Colonel James. Kedua-dua hero ini telah datang menyerang markas pihak Aldrich dan menyelamatkan presiden yang di dalam bahaya. Pada masa yang sama, Tony Stark turut menyelamatkan kekasihnya, Pepper, daripada menjadi mangsa dendam musuhnya itu.

Sewaktu pertempuran berlaku, Tony Stark telah meminta pertolongan daripada kesemua sut yang telah diciptanya. Dengan hanya satu arahan sahaja dan tanpa dikawal oleh sesiapa, kesemua sut tersebut mampu bergerak sendiri dan menewaskan pihak musuh dengan bergaya.

Iron Man 3

Selain Aldrich, Tony Stark mempunyai seorang lagi musuh yang dikenali sebagai Mandarin.

Pada awalnya, Mandarin dilihat sebagai seorang individu yang memiliki muka ganas dan penuh dengan sifat misteri. Namun, segalanya terbongkar apabila Colonel James dan Tony Stark berjaya menyeludup masuk kedalam kubu pengganas tersebut. Mereka berdua kemudian terkejut dengan pengakuan Mandarin yang memberitahu bahawa dia adalah salah satu muslihat Aldrich dalam mengelirukan kerajaan Amerika.

Menarik kan filem Iron Man 3 ini?

Namun, satu persoalan yang timbul ialah apabila Tony meletupkan kesemua sut Iron Man yang diciptanya selepas menghapuskan musuh. Adakah dia akan mencipta sut yang baru? Atau adakah ini pengakhiran kepada franchise filem Iron Man? Siapa yang tahu, kan?

Iron Man 3

Menariknya, disebalik kehebatan sut Iron Man ini yang dicipta dengan teknologi tinggi, sut tersebut dilihat tidak mampu menahan haba panas yang dikeluarkan oleh pihak musuh.

Jika dilihat daripada foto diatas, kita dapat lihat kos keseluruhan untuk mencipta sut Iron Man sahaja telah mencecah sehingga $110,000,000. Bermula daripada helmet sehinggalah ke but semuanya diperbuat daripada teknologi hebat. Jadi, kenapa Tony Stark tak terfikir untuk mencipta sut yang mampu menahan haba tinggi? Pelik kan?

Iron man 3

Di atas pula adalah model sut Iron Man serta aset yang dimiliki oleh Tony Stark bermula daripada filem pertama sehingga sekarang. Ok, kalau anda nak tahu sut Iron Man kini dah sampai ke Mark 42 dan setiap sut yang dihasilkan akan ditambah dengan teknologi-teknologi yang lebih canggih dan hebat.

iron man 3-1-4

Melalui gambar di atas pula, anda dapat lihat betapa mahalnya harga rumah Tony Stark ini bukan? Tapi, sayang sekali kerana untuk filem Iron Man kali ini, rumah hero tersebut telah musnah diserang oleh pihak musuh. Segala mesin dan sut yang dicipta olehnya telah rosak dan musnah dalam sekelip mata.

Anda mahu tengok bagaimana ianya dimusnahkan dan berpuluh lagi sut Iron Man 3 diletupkan? Cepat pergi pawagam dan tonton filem ini!

Foto eksklusif :

Sumber data : MoneySupermarket.com

8 Comments

  1. estacado says:

    Apa gunanya letak spoiler alert dlm tajuk posting tapi tajuk itu sendiri dah spoiler. Cari la tajuk lain. Dulu ngan posting GI Joe pun dah bagi spoiler, kali ngan Iron Man 3 pulak. Saya rasa baik tak payah buat review movie dah la, at least international moive, movie tempatan lantaklah nak spoil macamana pun.

    (0)
    • M says:

      Sebab tu kami letak spoiler alert. Kami dapati lebih ramai pembaca yang gemarkan spoilert alert. We have to cater that segment of readers.

      (0)
  2. Wow panjangnya..kurang dah excited nak tengok ironman 3 pasal dah baca kat sini..hehehe

    (0)
  3. poyo says:

    hmmm,terbaca gak aku.lenkali takmau baca.

    (0)
  4. happy says:

    He’ll BE BACK in Iron Man 4..

    duduk kat pawagan sampai habis credit…jangan balik… credit sangat panjang..but just sit there and watch

    (0)
  5. jojo says:

    kenapa ironman gagal buat sut kalis letupan…! anyonee? anyone? hehee

    (0)
  6. aptb says:

    maybe Tony Stark ta expect yg dea ley bhadapan ngn musuh yg ade power panas2 nie kot. .hehe. .tapi ape pon citer dea mmg best giler. .ta rugi la tgk. .layan smpai habis kot. .

    (0)
  7. rudyshafie says:

    pembetulan di situ. Iron patriot bukan dibuat oleh stark tapi oleh AIM. stark will be back in guardians of galaxy dan maybe iron man 4. suit seterusnya adalah suit extremis. nantikan kemunculanya.. yeahhh

    (0)