berita

Isteri Eizlan Yusof Fail Permohonan Pengesahan Lafaz Cerai

November 18th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

eizlan yusof

Terkejut juga kami apabila membaca artikel Sinar Harian sebentar tadi. Sudah lama agak senyap daripada industri, tiba-tiba timbul pula kisah perceraian.

Menerusi laporan tersebut, isteri kepada pelakon kacak itu, Datin Vie Santie Harun didakwa telah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur.

Vie Santie yang diwakili Peguam Syarie Syamimi Ab Rahman turut membuat beberapa permohonan lain yang berkaitan dengan perkahwinan dan sedang dibincangkan dengan defendan untuk diselesaikan.

EIZLAN YUSOF

Pihak plaintif juga dikatakan telah memfailkan tiga keterangan saksi semasa sebutan kes di hadapan Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin.

Bagaimanapun, peguam memohon penangguhan perbicaraan kes kerana saksi-saksi plaintif yang sepatutnya memberi keterangan tidak dapat hadir. Pada prosiding itu, pasangan itu juga tidak hadir dan berada di luar kawasan.

Oleh itu, mahkamah menetapkan 13 Januari tahun depan untuk menyambung semula perbicaraan dan meminta pihak-pihak hadir bersama saksi.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×