Isteri Mazidul Akmal Sidek Mohon Cerai

Isteri Mazidul Akmal Sidek Mohon Cerai

Dikemaskini oleh M pada October 21st, 2008


Permohonan isteri pengacara rancangan 360 terbitan Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3), Mazidul Akmal Sidik berhubung lafaz cerai yang didakwa telah dibuat oleh suaminya itu ditangguhkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini sehingga 26 November ini.

Hakim Syarie, Ghazali Ahmad yang mendengar sebutan kes menangguhkan permohonan, Khairul Fazlin Kamaruddin, 38, selaku pemohon kerana Mazidul (defendan), 41, tidak menghadiri prosiding hari ini.

Bagaimanapun, Mazidul melalui sepucuk surat yang dihantar kepada mahkamah memaklumkan bahawa beliau tidak dapat hadir kerana mempunyai tugasan di Kota Bahru, Kelantan.

Mazidul dan Khairul Fazlin telah berkahwin pada 21 Mei 1997. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad Afif Faiq, 10, dan Muhammad Azard, tujuh tahun.

Khairul Fazlin mengemukakan permohonan mengikut Seksyen 57 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Plaintif mendakwa Mazidul telah melafazkan cerai di luar mahkamah.

Dalam prosiding hari ini, Hakim Syarie Ghazali bertanya Khairul Fazlin sama ada plaintif telah memfailkan afidavit penyampaian saman.

Menurut plaintif, dokumen tersebut telah difailkan dan diserahkan tetapi defendan enggan menandatanganinya.

Sebelum kes ditangguhkan, hakim menasihatkan kedua-dua pihak yang belum diwakili peguam agar mendapatkan khidmat peguam untuk mewakili mereka pada tarikh akan datang.

Permohonan yang dikemukakan mengikut Seksyen 57 itu menyatakan, seseorang lelaki tidak dibenarkan melafazkan cerai tanpa kebenaran mahkamah.

Jika berlaku juga lafaz, pihak-pihak perlu melaporkan kepada mahkamah dalam tempoh tujuh hari. Mahkamah akan menjalankan siasatan untuk menentukan status lafaz tersebut sah atau tidak menurut hukum syarak.

Sekiranya mahkamah berpuas hati bahawa seseorang lelaki yang menceraikan isteri dengan lafaz talak dalam apa jua bentuk di luar mahkamah dan tanpa kebenaran, Seksyen 125 enakmen yang sama memperuntukkan, denda maksimum RM1,000 atau penjara tidak lebih enam bulan atau kedua-dua sekali jika sabit kesalahan.

Khairul Fazlin hadir di mahkamah dengan memakai baju kurung dan bertudung biru, kelihatan bergegas keluar meninggalkan mahkamah sejurus prosiding selesai.

Dia ditemani seorang wanita dipercayai ahli keluarganya.

Blog Widget by LinkWithin

12 Respon

Respon dari Pembaca OHBULAN!

  1. hoh knape plak dah.
    tak tahan mazidul asyik gi kelabing dan amek drugs ke.

    Respon kepada tombuck
  2. Harap semua ni ‘accident’ jer…tersasul. Hope they get back together as a happy family. Mazidul pun jangan asyik 360 jer….wife & anak-anak perlukan belaian seorang ayah & bapa. Spare quality time for them.

    Respon kepada Zuraini
  3. memang padan muka dengan si mazidul ni… kat TV nampak berhemah & baik… tapi sebenarnya perangai buruk nak mampus… berlagak & hidung tinggi… isteri mana nak tahan? padan muka kau… itu la, buat jahat kat orang lagi… ingat lah kepada diorang yang keje kat Jusco 1 Utama yang kau cari pasal dulu tu…

    Respon kepada noV
  4. tak suka kt dier..mcm poyo..!!!wahaha

    Respon kepada satu kampung
  5. mamat gemok seropa badot ini memang x-syen nak mampuih..aku pernah jumpa kat pkns shahalam lepas raya nih..masa tu dia ada makan nasik lemak kat gerai tengah pkns…dia makan kat seblah bf aku, ada mamat seblah bf aku ni senyum lah saja tegor dier,tapi dia macam buat dhek jer…tak taw lah dia pekak ker haper ker..bf aku senyum gak tapi dia mcm malas nak layan..bf aku hensem lah…bussnsman maaa..slot 360 tu baik tuka slot 69 ah ah..ahakkkss

    Respon kepada best77
  6. Laa.. ni apa hal lak smpai nak berceghai beghai ni.. aku tengok si mazidul tu dlm tv macam ‘like good’ je. tulah.. sibuk sgt dgn 360 kat luar. len kali buat dulu 360 dlm ghumah sdiri bro!

    Respon kepada weeda
  7. dia kategori artis kot..kena bercerai bgtau kt media

    Respon kepada Lockon
  8. mazidol ni memang bedol n badut…
    sembang je lebih, mcm hebat…
    tgk la skang,diri sendiri pun dh bercerai berai ngan bini…
    apa ni ? anda tau perbuatan ada salah?
    kalau tau kenapa buat salah?
    kehkehkeh,,,script dia laaa..

    Respon kepada pok dogol
  9. hish apa kes la dia nie..xabs2 cari masalah
    dh thu ko 2 pngacara mcm 2
    ko blh bt lagi ka bnda2 2..hish insaflah………..khahaha

    Respon kepada Tkah
  10. plak dh…dri umr mude smpai umr tue,xabis2 dgn drama cerai berai..asal jer jdi org trkenal cmni lh,seb bek lu aku trsingkir saringn time AF5..klu jdi trkenal..abislh laki aku hehehe jgn mrh

    Respon kepada Oyai
  11. Memang blagak nk mampos si tua ni..da la perasan bgs..dlu aku n member aku pakat2 nk amek gmbr ngan dia kt sureheboh..tp dia ni xnk..pastu buat muke bagak 2..celaka punye org..lps 2 aku gam dia trus

    Respon kepada Kite la

Beri Respon Anda

Sertakan nama, email dan url ada jika ada!

Arkib

Anda sedang membaca entri Isteri Mazidul Akmal Sidek Mohon Cerai.

Kembali Ke Muka Hadapan

Siapa di OHBULAN!

Tweet… Tweet…

Ikuti OHBULAN! →

Komen Terkini

  • lost guy: Apape pun..mntk maaf kepada mawi atas nasihat ni. Jgn pergunakan agama untuk tujuan duniawi, Sebaliknya...
  • lost guy: Memang benar tak sempurna iman sehingga mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. Tapi dah...
  • Mama Murai: *Ralat* bukan MR M tapi —–> MR N tak payah duk promote web hg tue….. cari pelanggan...
  • Mama Murai: Kesian M.. sabar jer lah M… nampak sangat ada yang just mengambil kesempatan kata you tue best.....
  • hohoho: endon memang kepale nenek dia yg peliknyer mcm mana dia bley tau kita pyer citer and lagu padahal kite x jual...
  • aku: btl la mea..ak pn nek png nga dorg nih..duk nk mngata org jer..diri sndri xsdr..bwk2 la muhasabah diri..kurg org...
  • aku: toyol:bagus btul si toyol nih..respect org mcm 2..bt bufday parti anak jmput ppuan sparuh bogel..mgkin org mcm 2...
  • bengang: ape ni oh bulan kate dah kembali??ni still tak update2 pun???ke dah kembali ke rahmatullah?aritu beria2...
  • Reena: Rinduuuuuuuu..rindu serindu-rindunyaaaaa…..( kata dalam hati ada taman..kaaaann). M, biarlah apa pun nak...
  • eyu: tak tahu nak komen macam mana.. tapi elok daripada x bertudung..
Improve the web with Nofollow Reciprocity.