berita

Isu Ainan Tasneem Viral, Ini 6 Perkara Yang Flight Attendant Tidak Boleh Buat Untuk Anda

March 14th, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

Screen Shot 2016-03-14 at 11.52.46 AM

Semalam viral bila penyanyi youtube, Ainan Tasneem naik angin dengan seorang pramugara yang dilabelkan sebagai pekerja tiada adab. Kami pun tidak tahu pihak mana yang betul sebab kami tiada di tempat kejadian.

Artikel Berkaitan: ‘Itu Bukan Kerja Saya’- Gadis Ini Bengang Dapat Layanan ‘Biadap’ Dari Seorang Pramugara

Tapi bila lihat balik, ramai orang yang mempertahankan tindakan pramugara tersebut. Antara salah satu sebab kenapa pramugara tersebut tidak mengangkat luggage saudara Ainan adalah kerana ia akan menyebabkan sakit belakang. Takpe, untuk bagi anda semua jelas, kami akan senaraikan apa yang pramugara/pramugari tidak boleh buat untuk anda dalam kapal terbang.

1. Bagi sebarang ubat

Screen Shot 2016-03-14 at 12.24.30 PM

Nope, pramugara/pramugari tidak boleh bekalkan anda ubat kerana ia melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Mungkin mereka ada ubat yang tertentu hanya untuk sebarang kecemasan sahaja. Jadi kepada anda yang ada sebarang penyakit, lebih baik anda bawa ubat sendiri dari rumah.

2. Angkatkan bag untuk anda

giphy

Haa.. isu ni yang hangat diperkatakan semalam. Mungkin antara anda yang fikir bahawa salah satu tugas flight attendant adalah angkatkan luggage yang berat gabak tu. Sebenarnya flight attendant sama sekali tidak dibenarkan untuk lakukan kerja tersebut. Apa yang mereka boleh buat ialah menolak/memasukkan luggage anda ke dalam bin yang disediakan.

3. Suruh pilot cepatkan perjalanan

giphy 2

Jangan pelik, jangan gelak. Kes ini pernah berlaku tau. Menurut Kathleen dari PassengerShaming.com, perkara itu sebegitu pernah diminta salah seorang dari penumpang. Haa.. Korang jangan buat hal minta benda-benda pelik eh? Pastikan anda sampai di lapangan terbang tepat pada waktu.

4. Tukar tempat duduk dalam kapal terbang

Screen Shot 2016-03-14 at 12.31.44 PM

Anda boleh tanya seseorang dengan sopan sama ada ingin menukar tempat duduk atau tidak. Walaupun anda ingin sangat nak duduk sebelah member, flight attendant tidak boleh sewenang-wenangnya menukar tempat duduk penumpang.

5. Bagi anda duduk di business atau first class walaupun kosong

Screen Shot 2016-03-14 at 12.34.17 PM

Ini pun salah satu kes yang biasa sangat didengar. Jika anda ingin tempat selesa macam business dan first class, anda kena bayar. Anda tak boleh senang-senang minta flight attendant untuk pindahkan anda dari economy class ke business/first class walaupun kosong.

6. Sediakan pen untuk anda

3

Tahukah anda bahawa flight attendant sebenarnya tidak sediakan pen untuk kita isi form boarding pass? Anda kena bawa sendiri pen/pensil. Wow.. Ok baru kami tahu part ni.. Huhu

Sumber: Yahoo.com

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×