berita

Isu Awie Pukul Isteri : Haliza Misbun Berdiam Diri, Tak Mahu Ganggu Siasatan

June 30th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

haliza-misbun-seronok-membujang-skynightz-01

Beberapa minggu lalu, industri hiburan tanah air kecoh seketika apabila ada individu yang mendakwa ternampak vokalis kumpulan Wings, Awie memukul isterinya dihadapan sebuah bank di Ampang.

Kemudian, tuan punya badan sendiri telah menafikan perkara tersebut dan meminta sesiapa yang mempunyai bukti dia berbuat demikian untuk tampil kehadapan.

Tup tup, minggu lalu, sekeping foto seorang wanita cedera dimuka akibat dipukul telah tersebar dengan meluas di laman sosial. Malah, ada pihak mendakwa individu tersebuat ialah isteri Awie, Rozana Misbun.

Artikel Berkaitan: Netizen Dedah Foto Isteri Awie Ditumbuk. Betul Ke Ni?

Individu

Foto wanita yang didakwa Isteri Awie

Korang pun mesti tahu bahawa isteri Awie ini merupakan adik kepada aktres jelita, Haliza Misbun kan? Malah sejak foto ini tersebar ada pihak yang mempersoalkan tindakan berdiam Haliza mengenai isu adiknya ini.

Melalui laporan Pancaindera, Haliza sedar mengenai foto yang telah tersebar luas melalui adik-beradik serta sahabatnya.

Ya, saya dan keluarga sedar akan edaran gambar-gambar yang didakwa sebagai adik saya. Mana mungkin saya tak tahu?

Meskipun saya tak mempunyai akaun Twitter, jauh sekali Instagram dan Facebook, saya mendapat khabar ini dari adik beradik dan teman rapat yang mengikuti perkembangan dunia hiburan.

Halizamisbun

Bagaimanapun, aktres yang pernah popular dengan siri Cinderella ini berkata dia dan keluarganya memilih untuk mengunci mulut kerana bimbang mengganggu siasatan.

Dalam mendepani kemelut ini, cara paling baik adalah berdiam diri. Biarlah gambar yang berbicara.

Kes ini masih dalam peringkat siasatan, saya seboleh-boleh mungkin tidak mahu mengeluarkan sebarang kenyataan kerana menghormati undang-undang.

Haa, macam mana? Puas hati dengan jawapan Haliza Misbun? Pada kami ada benarnya, isu ini pun sudah berada dalam siasatan polis, jadi biarlah pihak berkuasa menjalankan kerja mereka.

SKIP THIS AD ×