berita

Isu Baju Ketat Lagi : Rebecca Nur Al Islam Block Pengikut Negatif Di Instagram?

September 3rd, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen-Shot-2014-02-17-at-12.19.22-AM

Jika anda masih ingat, sekitar bulan April lalu, aktres jelita, Datin Rebecca Nur Al Islam telah menggemparkan industri seni apabila menggayakan baju seakan-akan kartun teletubbies berwarna merah.

Artikel Berkaitan : Kalau Neelofa Dilabel Power Rangers, Fesyen Rabecca Nur Al Islam Pula Inspirasi Teletubbies. Apa Komen Anda?

Ingatkan kes itu tamat di situ sahaja. Namun, terkejut juga kami apabila mendapat emel daripada seorang peminat yang mendakwa aktres itu sekali lagi berpakaian kurang sesuai dengan gaya seorang wanita berhijab.

Pengirim emel itu turut melampirkan foto-foto beserta komen yang diperoleh daripada sebuah portal hiburan terkemuka sebagai bukti.

Screen Shot 2014-09-02 at 11.05.28 PM

Foto yang dikirim oleh follower Rabecca

Namun, apa yang menghairankan, apabila kami menjengah ke Instagram Rebecca, tiada pula komen-komen negatif yang dilemparkan kepadanya.

Pada logik akal, mungkin Rebecca bertindak memadam komen-komen tersebut dipercayai untuk menjaga ‘kebersihan’ Instagramnya daripada para haters.

Screen Shot 2014-09-02 at 11.00.40 PM

Tadaa!! Dah hilang semua komen negatif! Hehe

Maka, kesimpulan kami tadi pun terjawab apabila Rabecca sudah awal-awal lagi meletakkan ‘peringatan’ di laman Instagramnya bahawa dia akan ‘block’ insan-insan yang negatif.

Ha.. rasanya macam dah jadi trend pula ya sekarang ni selebriti akan ‘block’ semua komen yang dirasakan ‘tak berkenan’ di hati mereka.

Screen Shot 2014-09-02 at 11.19.59 PM

Take note ya semua!

Walaupun peminat mempunyai kebebasan untuk menegur dan menasihati seseorang selebriti itu secara terbuka, tapi kita tetap tak boleh mengubah hakikat bahawa pemilik laman sosial tersebut juga berhak untuk menyekat apa yang dirasakan betul. Tak gitu?

Apapun, rasanya lebih baik kita sama-sama doakan yang terbaik untuk Rebecca. Mana tahu satu hari nanti si cantik manis ini akan menemui gaya pakaian yang lebih sesuai dengannya. Mesti lagi cantik meletup, kan? Hehe!

Kredit foto: Instagram Rabecca Nur Al Islam

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×