berita

Isu Curah Air Atas Kepala Amir : Rahim Kesal Peminat Libatkan Negeri

September 22nd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen-Shot-2014-02-09-at-6.15.24-PM1

Ingat lagi tak Rahim Raja Lawak yang pernah menyertai kumpulan Sepahtu pada Maharaja Lawak mega 2013 yang lalu? Lepas je habis program tersebut, nama Rahim sudah jarang-jarang kita dengar.

Namun, secara tiba-tiba nama Rahim menjadi kutukan dan hentaman pengikut-pengikut Amir Raja Lawak kira-kira dua minggu yang lalu.

Nak tahu kenapa? Semuanya kerana tindakan Rahim mencurahkan air dikepala Amir ketika program Super Spontan sedang berlangsung.

amer-raja-lawak2

Dek kerana itu, teruk juga Rahim dikecam hingga ada yang meminta Rahim membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Amir. Namun, sampai hari ini, masih belum ada sebarang permohonan maaf.

Screen Shot 2014-09-22 at 12.40.53 PMScreen Shot 2014-09-22 at 1.20.27 PM

Screen Shot 2014-09-22 at 1.20.35 PM

Kesempatan bertemu dengan tuan punya badan di Anugerah Lawak Warna baru-baru ini tak kami lepaskan. Iyalah, nak juga kami tahu adakah Rahim tertekan dengan situasi ini. Nah! Ini penjelasan Rahim :

Sebenarnya kami dalam super spontan macam keluarga, saya dah 2 season, saya dan Amir kawan baik, sebenarnya kita enjoy, apa yang kita buat masa tu adalah cara kami bergurau. Saya tak nampak benda curah air atas kepala tu satu benda yang besar. Kalau tengok Super Spontan sendiri ada game yang bertepuk tampar, lagi teruk, cuma mungkin semangat kenegerian yang tinggi menjadikan isu itu semakin panas.

Lepas kejadian tu, Amir dijemput dalam program saya pula, #havocwarna, kami ketawa mengenangkan cerita ini, saya pun dah beritahu pada mereka yang hentam saya. Stop doing that la, tak elok libatkan negeri. Saya dan Amir kawan baik. Nampak macam kurang ajar, bagi kami ia satu gurauan kasar sesama kita. Ia live, benda spontan. Soal saya kurang ajar dan Amir kecik hati tak timbul. Tapi kalau ada penyokong amir yang terasa saya minta maaf.

Saya tak perlu buat macam tu (minta maaf secara terbuka), bukan kerana saya ego, tidak! Saya sendiri dah jumpa Amir dan ada minta maaf kalau benda tu menyakitkan hati dia. Ia cuma salah faham la. Saya tak banyak kontroversi sangat. Saya redha la, saya anggap ini hanya satu permainan hidup.

Screen-Shot-2014-02-11-at-12.41.53-PM

Haa, panjang lebar penjelasan Rahim kan. Iyalah, kadang-kadang kita berguru, tetapi masyarakat yang memandang fikir sebalinya. Tap apalah Rahim, anggap je ni semua asam garam bergelar anak seni.

Lain kali mungkin Rahim akan lebih berhati-hati. Banyak hati perlu dijaga bila kita bergelar selebriti ni. Nak-nak penyokong tegar sesetengan artis. Kadangkala lebih sudu dari kuah. Eh?!

Apapun, bagi yang merindui Rahim, tak lama lagi, Rahim bakal muncul dalam program Maharajalawak Mega 2014. Tetapi, bersama kumpulan baru yang diberi nama Jalor.

Kredit Foto : Instagram Rahim Raja Lawak

SKIP THIS AD ×