berita

Isu Jalin Hubungan Songsang, Iqram Dinzly Dakwa Perbualan Whatsapp Hanya Gurauan

May 27th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-05-27 at 10.47.34 AM

Semalam, nama Iqram Dinzly kembali menjadi perhatian umum apabila dia dikaitkan dengan kontroversi hubungan sejenis ketika berada di Kota London.

Artikel Berkaitan: Gosip : Pelakon Malaysia Keluar Masuk Kelab Malam & Jalin Hubungan Songsang Di London

Menerima salinan whatsapp berbaur lucah bertarikh 26 November 2013 sehingga 20 Disember 2013 dipercayai merupakan perbualan antara Iqram dan ‘pasangan’nya, sumber-sumber turut menghantar sekeping foto alat sulit yang didakwa milik Iqram.

Terkini, menerusi laporan Kosmo Online!, Iqram Dinzly menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa ia hanya sekadar gurauan bersama rakan-rakan.

Screen Shot 2014-05-27 at 10.50.26 AM

Kemaskini daripada laman Instagram Iqram Dinzly

“Dia merupakan teman saya. Pada saya, ia merupakan perkara biasa kerana saya selalu bergurau dengan rakan-rakan lain dan saya sendiri menganggap ia hanya perkara biasa sahaja.

Bukan setakat dia, malah saya turut bergurau dengan rakan-rakan lain perkara yang sama juga. Bagi saya, ia tidak menjadi masalah.”

Bagaimanapun, Iqram mengakui bahawa dia ada berkunjung ke kelab malam tersebut dengan tujuan untuk melihat suasana dan meluangkan masa bersama rakan-rakan.

“Saya merupakan seorang yang mudah mesra walaupun dengan orang yang saya baru kenali. Tidak mungkin untuk saya melakukan hubungan songsang kerana kami hanya berkawan seperti biasa.

Saya menafikan spekulasi tersebut kerana tiada sebarang bukti yang mengaitkan kami berdua melakukan hubungan songsang walaupun di dalam gambar tersebut.”

Namun, menerusi laporan Metro pula, Iqram sebaliknya mengatakan bahawa dia mahu mencari dalang disebalik fitnah yang dilemparkan kepadanya.

“Ini betul-betul dah melampau. Jangan cabar tahap kesabaran saya. Apa yang orang itu cuba buktikan atau nak tunjuk pada semua dengan tuduhan begitu? Saya dah penat berdiam diri selama ini, kali ini saya akan bertindak.

Nampaknya orang masih tidak menghormati saya dengan terus menjentik saya dengan benda-benda begini. Adakah ini caranya mereka mahu saya keluar terus daripada industri. Kalau saya dapat orang yang memulakan cerita ini, jagalah dia.”

Dilihat memberi kenyataan yang sedikit bercanggah, timbul pula persoalan bahawa adakah kontroversi tersebut merupakan fitnah ataupun sekadar gurauan nakal bersama rakan?

Harapnya ia cuma sekadar gurauan semata-mata.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×