berita

Isu Khidmat Bomoh Dalam Pencarian #MH370, Suami Daphne Iking Persoal Tindakan JAIS

March 20th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-03-19 at 10.54.42 PM

Tidak dapat dinafikan bahawa banyak isu timbul di sebalik misteri kehilangan Boeing 777 sejak 8 Mac lalu.

Mana taknya, dalam kesibukan para petugas mencari pesawat MH 370 itu, ada juga pihak yang secara tidak langsung mengambil kesempatan tersebut untuk mempromosi ‘kemahiran’ dunia perubatan bomoh mereka.

Prihatin dengan isu tersebut, suami pengacara Daphne Iking, atau dikenali sebagai Joe, telah memuatnaik sekeping foto keratan artikel yang dilihat mempersoalkan apakah tindakan selanjutnya yang bakal diambil oleh JAIS mengenai perkara ini.

Screen Shot 2014-03-19 at 10.24.01 PM

Foto berserta caption yang dimuatnaik di laman Instagram mereka semalam

Caption foto terbabit mempersoalkan tentang peranan JAIS sebagai sebuah jabatan agama Islam yang seharusnya bertanggungjawab menangani isu khidmat bomoh dalam usaha pencarian MH 370.

Foto yang turut dikongsi oleh Daphne Iking di laman Instagramnya itu berjaya menarik perhatian peminat dengan jumlah like melebihi 300 dan pelbagai komen yang rata-ratanya menyokong pendapat tersebut.

Apa yang diutarakan itu dilihat ada asasnya kerana rakyat Malaysia terpaksa menerima sindiran antarabangsa apabila perbuatan bomoh tersebut telah menjadi bahan jenaka seluruh dunia.

Namun, apa yang lebih penting buat masa ini adalah doa yang tidak putus daripada semua pihak supaya kesemua penumpang pesawat itu dapat pulang dengan selamat.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×