berita

Isu Pembedahan Plastik Artis Korea

June 29th, 2012 | by Noraini Nasir | 26 comments
Gaya Hidup

Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, pembedahan plastik atau dalam bahasa inggerisnya dikenali sebagai plastic surgery, merupakan pembedahan yang dilakukan bagi membaiki atau memulihkan bahagian badan, terutamanya paras rupa dengan melakukan pembedahan tisu, sama ada untuk tujuan rawatan serta memulihkan kecacatan bagi mendapatkan rupa paras yang cantik dan menarik.

Pada umumnya dalam kaedah rawatan, pembedahan plastik dijalankan bagi memulihkan atau membaiki anggota badan atau rupa paras yang rosak akibat kemalangan ataupun akibat kecacatan yang hakiki. Namun begitu, dewasa ini ramai individu yang menjalankan kaedah pembedahan plastik bagi mendapatkan rupa paras yang cantik dan menawan.

Lazimnya pembedahan plastik untuk kaedah kosmetik sering dikaitkan dengan artis-artis Korea. Tetapi sejauh manakah kebenarannya?

Girls Generation merupakan salah satu artis berkumpulan wanita yang didakwa melakukan kaedah pembedahan plastik bagi mendapatkan rupa paras yang cantik. Di sini terdapat beberapa artis wanita dari kumpulan Girls Generation yang melakukan pembedahan plastik dan anda sendiri dapat melihat wajah mereka sebelum dan selepas melakukan pembedahan kosmetik.

Tiffany

Isu Pembedahan Plastik Artis Korea

Jessica

Isu Pembedahan Plastik Artis Korea

Sunny

Isu Pembedahan Plastik Artis Korea

Hyo Yeon

Isu Pembedahan Plastik Artis Korea

Yoona

Isu Pembedahan Plastik Artis Korea

Kesemua artis-artis korea tersebut telah melakukan kaedah pembedahan plastik bagi mendapatkan rupa paras yang cantik dan menawan. Namun begitu, Islam melarang keras umatnya untuk mengubah sesuatu ciptaan yang telah dikurniakan. Jadi, bersyukur dengan segala kurniaan yang telah kita miliki, tidak perlu mengubah sesuatu kejadian yang sememangnya telah tersurat.

Sumber : IDOLIZED OR DESPISED ME

26 Comments

  1. justbeingme says:

    Kerana itu mereka sering memuji satu sama lain.. sebab mereka tau dalam diri mereka takde rase bersyukur… pujian hanya untuk yang Esa…
    Alhamdulillah atas rupa yang diberi..

    (1)
    • Vina says:

      kalau kat Brazil pulak.. org sanggup jual rumahs emata2 nk buat operasi plastik. di Venezuela siap ada bank yg bg pinjaman utk buat operasi plastik.

      (0)
  2. zack says:

    Allah tidak menilai pada rupa paras..tetapi Allah pandang pada iman dan taqwa..

    (0)
  3. hannah says:

    sblm ni aku ada bc satu artikel kat newspaper psl plastic surgery ni..doktor tu kta sna mmg famous sbb mereka selalu anggap ada je yg x kne dgn tubuh bdn mereka..kat sini doktor tu kta x byk sbb orang sini rasa mereka sudh cukup elok dgn apa yg dikurniakan oleh tuhan..

    (0)
  4. me says:

    plastic surgery ker,plastik sampah ker,sy gemok n x berape lawa but hubby still sayang SYUKUR ALHAMDHULILLAH…………….

    (0)
  5. wany says:

    dorang nie kan bkn islam adoiihh .. dorang pk jnji cantekk

    (0)
  6. Unknown says:

    Kepada yang berkenaan,

    Bukan nak membela sesiapa. Mmg betul artis Korea ni banyak buat pembedahan plastik, tapi taklah sedastrik seperti yang digambarkan kat atas ni.

    (0)
  7. hahaha… bukan saja kereta buat detailing..
    perempuan lagi kena buat pembedahan plastik.

    kereta kita buat detailing.
    anak perempuan kita buat pembedahan plastik tak ?

    (0)
  8. mamacomey says:

    Gambar ic diorang tukar gak ker?huhuhu

    (0)
  9. konichiwa says:

    xyah nak kecoh sgt, diorg bknnye islam pun.. yg kne kesah tu ha yg islam duk sibuk buat botox segala. cucuk sane cucuk sini.. kat korea pn ramai lagi yg buat plastic surgery, jgn kate pompuan lelaki pun same.. senaraikan la semua knp letak diorg je?

    (0)
  10. twitter_kimkyuna says:

    Tapi kan kenapa kita nak kecoh sangat diorang bukan orang islam ! Kita yang orang islam ni sibuk sangat nak betul kan orang lebih baik kita betulkan diri sendiri dulu . Diorang dah tentu lah dosa … kita yang tak buat plastic surgery ni dapat dosa jugak….dosa mengutuk mengumpat haiihh . Diorang tu bukan orang islam lantak lah diorang nak buat apa haih tak faham orang melayu ni la

    (0)
  11. stellayoona says:

    WTH ambil kesah hal artis korea ?? Retis mlaysia sndri SBNRNYA rmai yg plastik tp x rmai tau . . Siall laa yg kutuk2 . . Micheo ! Pabo !

    (0)
    • leehyolin says:

      haah kan..serius annoying bile cakap pasal plastic surgery je nk kaitkan ngn korea…ape kes??? yg kris dayanti cucuk botox..ade korg kesah? kris dayanti ISLAM tau..

      (0)
  12. pandang-pandang says:

    lapok la cite ni..pls la..name pun korea..
    ohbulan da xde cite sgt ke..

    (0)
  13. yammoyammo says:

    Saya quote ” Namun begitu, Islam melarang keras umatnya untuk mengubah sesuatu ciptaan yang telah dikurniakan. ”

    Saya ingin menambah, Islam juga melarang keras umatnya untuk menyebar Fitnah. Buat research dulu. Isu pembedahan plastik memang tak pernah habis di Korea. Tetapi, hanya yang buat yang mengaku, yang tidak, akan menidakkan. Research lebih sikit.

    Walaubagaimanapun, isi yang baik, cuma contoh yang salah.

    Salam

    (0)
  14. Mirazman says:

    Jangan la compare gambar masa budak2 tu kecik dengan gambar sekarang. Sapa pun muka tak sama. Ape laaaaaa. Mentang2 budak2 tu duduk jauh, senang2 je.

    (0)
  15. Oren says:

    sampai bila nak puas?

    (0)
  16. D says:

    hahahhahahahha standard la artis korea buat plastik surgery… ape da… tak tak kire laki pompuan kut…

    yg artis malaysia lak sibuk duk cucuk botox…! hahah same je wehhh…..

    (0)
  17. lisa says:

    mcm bodoh2 je k-pop ni,harap menari je lbh….ape pun tarak!bodoh!dh la xlawo,setakat buat pembedahan aku pun boleh,cilake!!!

    (0)
  18. facebook_munirah.mohamadsaad says:

    ala…cuba bt research btl2 dulu…sekadar nak ambil kt web lain memang la….cerita ni dh lapuk la…kn bagus klu cek btl2 dulu…fitnah tu xbaik,kalau nk tgk kat youtube pun banyak.bnyk lagi muka yg lain kalau nk dibezakan dari kecil smpai besar.dh selalu buat facial,make up cantik2,ubah gaya rambut…nampakla berbeza,cantik…xhairanlah kalau muka dari kecil hgga besar semakin berubah..semua org sama je kn….xkan itu pn xboleh nk dinilaikan kn..xsemestinya nk cantik kena bt plastik surgery je kn OHBULAN???????

    (0)
  19. entah la says:

    la relax la dia org nie bkn islam mana ada halal haram nak operate tukar sana sini…nie kat m’sia pun artis or org biase(ofismate aku pun ramai yg bt) pun ramai yg duk operate mcm2…nak bg idung mancung lar…mata nak bg besar la…nak bg lekuk kat dagu lar…tukar faraj baru lar…cuma diam2 jer

    (0)
  20. Tidak,tak percaya Yoona mcm tu.Haha.Yang tak leh blah tu Jessica….Haha
    Botox ! Botox ! Botox !

    (0)
  21. ichiboom says:

    alah..diorg ni bkn org islam,apsal nk kecoh.lg satu,benda ni pun blm pasti,slp hrbln xpsl-psl tanggung dose buat fitnah@sebar citer yg xpasti kesahihannyer.klu btl pon,skati diorg ler,jgn org islam buat,sudah…lg satu,kan ker makeup blh ubah penampilan.klu stakat berdasarkan gmbr lama,ms diorg budak2,sume org pun same.mane ader org lm dunia ni xpandai besar/tua.aku sndr pon ms kecik dulu muka cam abah aku.dah bsr cam muka mak plak..aku pun heran,jauh sgt pbezaan..tp sumpah aku xpnah buat PS..huk huk :-P

    (0)
  22. bukan sone pun says:

    sila baca web ni

    http://my-show-time.blogspot.com/2011/05/bukti-bahwa-snsd-tidak-menjalankan.html

    kpd ohbulan, sila buat research dulu. mcm ada org ckp, cita ni cita lama, dah lapuk. aku tgk gmba ni dh lama, n time aku tgk tu pun gmb ni mmg dah lma ada. so dah t’sgt lah lama cita ni ok.

    (0)
  23. farah says:

    sebab tulah kalau seorang korea tu cantik, orang mesti akan ragu ragu sama ada kecantikan dia natural ataupun sudah buat pembedahan.

    cuma saya heran dan rasa cam tak adil je.cth jessica,dulu saya oernah tgok dalam satu show yang keluarkan gambar gambar jessica, seingat saya takde pulak seiraas dengn gmbar dalam ni.mungkin saya terlepas pandang dulu kot.. cuma tak adil lah sunny dibandingkan dengan gambar masa time dia kecil dulu.carilah gambar just before dia buat surgery tu..ini gambar time budak budak –’

    (0)