berita

Isu Permohonan Cerai Fiza & Adam Memang Betul, Sebutan Kes Isnin Depan

April 22nd, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Adam AF2 dan Fiza Elite kahwin

Akhirnya setelah lama membiarkan peminat dan media berteka-teki mengenai hal rumahtangga mereka, hari ini akhbar Harian Metro melaporkan Fiza Halim dan Adam AF sedang dalam proses perceraian.

Menerusi laporan itu, kes permohonan cerai pasangan itu bakal disebut di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam pada Isnin depan.

Artikel berkaitan:

Sumber-sumber mengatakan, Fiza khabarnya memfailkan perceraian di mahkamah berkenaan pada minggu lalu dipercayai kerana kurang persefahaman dalam perkahwinan.

Rumahtangga Adam dan Fiza sebelum ini sudah dihidu bergolak selepas kedua-duanya dilihat bertengkar di sebuah stesen minyak.

Bagaimanapun, kedua-duanya sehingga kini masih enggan memberi sebarang kenyataan berkenaan isu itu dan lebih selesa berdiam diri.

SKIP THIS AD ×