berita

Laporan Polis: Isu Pukul Pengunjung Pub, Pengacara Rancangan Hiburan Dituduh!

April 4th, 2012 | by Ell | 15 comments
Isu & Kontroversi

Kecoh di sebuah blog gosip tempatan apabila 2 keping foto bukti laporan polis mangsa terhadap seorang wanita dipercayai pengacara sebuah rancangan hiburan dituduh mengasarinya di sebuah pub di Kuala Lumpur.

Sebelum ini, pengacara tersebut telah menafikan mengenai tuduhan yang dilemparkan padanya namun 2 keping bukti yang dipercayai laporan mangsa kepada polis telah menunjukkan cerita yang berlainan. Dalam laporan tersebut, tertulis kenyataan berbunyi “rupa-rupanya perempuan yang menyepak saya adalah D*** pengacara M****i”.

Beberapa komen pengunjung blog hiburan tersebut juga telah membuat spekulasi mengatakan bahawa pengacara rancangan hiburan yang dipercayai terlibat ialah Dira.

Apa pun, selagi polis belum mengesahkan laporan tersebut, kita jangan tuduh sembarangan ya. Mari kita tunggu dan lihat! Dibawah ialah 2 keping foto bukti dipercayai laporan polis mangsa.

Ell

Ell

Editor at M Driven Sdn Bhd
A marketing student who suddenly throw himself into a world of entertainment. He start himself zero and now you can call him a hero. Wuuuu!

15 Comments

  1. Bekas2 Sehati Berdansa says:

    Sekarang orang tau nape dia ni bercerai dulu..baran! Marah sikit sepak orang..marah sikit sepak orang..dapat lak jantan baran suka lempang lak sekarang..marah sikit lempang orang..marah sikit lempang orang. Dah matching lah tu..seorang kaki sepak seorang kaki lempang!! Cian Ash kena sepak bertahun2 dulu..tu yg susah dapat anak. Sekarang dia dah aman dengan bini baru..bakal dapat anak lagi..good for you! Dira, nampak sangat kebodohan ko..dah terang lagi tak mengaku..hahaha..Melodi, pe lagi?? Terjah lah si Dira ni..huahahaha

    (0)
  2. Si Lemah Lembot says:

    Biasala artis, mana penah nak mengaku kalau buat salah. “Kalau tak ada angin, daun2 pokok tu mmg tak akan goyang lah”.

    (0)
  3. ayang says:

    loh, dah mabuk nak buat cam mane, otak pun tak leh fikir dengan waras

    (0)
  4. mak kiut says:

    panasssssss sepanass MELODI!!!!

    (0)
  5. ish ish ish says:

    kita tunggu la ahad ni dalam melodi..ader tak berita pasal nih..then tgk sama ada dia akan mengacarakan melodi ahad nih….

    (0)
  6. hehehe says:

    aku bc semalam kot dlm utusan si dira nie ckp dia ms waktu tu pegi shoping mall tgh shoping gan anak dia…pe ke gila nya shoping jam 2pg nih…ingat dia nie pengikut mj ke ajak anak pegi shoping mall bershopping tengah2 mlm…adoi lar nak sorok pun tak reti ker…tu la lain kali nak pegi berclubbing pegi la club yg mahal2 tutup tup korang jer…nie pegi yg biasa2 dah terbongkar yg ko nie kaki sepak…pattnya si dira nie pegi la kat club yg jejai bisness…kan kwn2 artis…tak pun tanya kat fs kat mn yg nyaman & selesa kalo ko nak berclubing sambil sambt birthday party tuk org jenis2 ko yg vvip sgt2…bgs sgt la mcm nih…

    (0)
  7. mimi says:

    no komen la kes ni, dira anak vip kan…bapak die ex menteri besar melaka dulu tak silap, tak rasa ke kes ni akan tutup cam tu jer….

    (0)
    • jijah says:

      waktu ni laa kita nak tgk ketelusan dlm siasatan n undang2 negara…sama ada kebal atau tidak mrk ni…klu diam jerr….sendiri maw ingat laa…kerajaan yg dipilih oleh rakyat..ahaks

      (0)
  8. inspira nusantara says:

    malulah melodi…..kena buang nih

    (0)
  9. pak dolah says:

    DAH KAWEN PON DOK PEGI KELAB MALAM KA??? PARAHHH KLU DPT LAKI SAMA KAKI CLUBBING CAMNI…. LAGU MANA NK DIDIK BINI JD BAIK??? PATUT ARRR TAK LAMA NGAN LAKI DULU… CAMNI PUNYER PERANGAI…

    (0)
  10. haikal says:

    Huh…patut ar suami pertama dier larik n ceraikan dier….ganaz sungguh pompuan bermotor besar ini…aduhai org Melaka….

    (0)