berita

Isu Tak Berdisiplin, Dazrin Kamaruddin Anggap Persengketaan Dengan Fasha Sandha Selesai

March 31st, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Dazrin

Pemilik nama Dazrin Kamaruddin bukanlah pendatang baru dalam industri hiburan tanah air. Malah, namanya kini semakin menjadi rebutan pengarah dek kerana lakonannya yang baik dan berkesan.

Namun, baru-baru ini, timbul berita kurang enak mengenai Dazrin apabila dia dikatakan bermasam muka dengan pelakon jelita, Fasha Sandha kerana mempunyai masalah disiplin dan sering lewat ke lokasi.

Bukan sahaja Dazrin, malah tunangnya, Amyra Rosli turut terkena tempias. Bagaimanapun, Dazrin tidak mudah melatah dan menganggap ianya sebagai asam garam bergelar anak seni.

Dazrin

Dazrin bersama beberapa rakan artis ketika di sidang media penangguhan ABPBH

Dazrin ketika ditemui di sidang media sempena Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) berkata persengketaan antara dia dan Fasha Sandha, sudah pun selesai dan tiada rasa tak puas hati antara mereka.

Macam ini la, kalau nak simpan rasa tak puas hati pun tak guna sebab ia boleh menjatuhkan saya. saya ambil sebagai langkah positif.

Orang tak kenal kita, tak tahu cara kita bekerja, jadi jika mereka nak percaya dengan apa yang ditulis dalam akhbar, itu hak mereka.

Dazrin berkata, dia Enggan memperbesarkan isu tersebut dan mengambil pendekatan untuk memperbaiki diri sendiri.

Tiada apa nak dikecohkan, perkara ini kecil dan saya ambil sebagai teguran. Memang sakit bila timbul isu begini, tapi tak apalah, bagi saya semua kru produksi dan pelakon dah seperti keluarga.

Saya terima mereka menegur saya. Cuma bila menegur biarlah berpatutan, jangan over, benda boleh selesai secara baik.

Ditanya mengenai tunangnya, Amyra Rosli yang turut dilabel artis tidak berdisiplin, Dazrin berkata dia sendiri terkejut dengan kontroversi yang timbul.

Bila timbul isu ini, saya pun terkejut sebab Amyra seorang yang sangat punctual. Kalau saya lewat sedikit pun dia sudah bising, inikan pula bila bekerja.

Sebenarnya, ini semua salah faham dan sudah pun diselesaikan oleh pihak produksi, cuma saya tak tahu kenapa ia diperbesarkan. Sebagai tunang, saya cuma harap dia bersabar dan tabah dengan dugaan ini.

Kalau nak tahu, drama lakonan Dazrin iaitu ‘Miranda‘ masih ditayangkan dan dia kini sedang sibuk menjalani peggambaran Cerita Kita.

Ditanya mengenai ABPBH yang telah ditunda kerana menghormati insiden MH370, Dazrin berkata ianya langkah yang baik dan sedikit pun tidak menjejaskan persiapan yang telah dibuat.

SKIP THIS AD ×