berita

Isu Tidak Dibayar Gaji Oleh Wirefame, Kaka Azraff Beri Kenyataan Bercanggah?

July 10th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-07-10 at 11.27.49 AM

Bab duit memang tak boleh buat main dan jika salah perkiraan memang mampu mencetuskan pergaduhan besar. Tak kiralah kawan ke, adik beradik ke, mesti akan tarik muka kalau bab duit.

Apatah lagi jika ianya melibatkan soal gaji yang dah menjadi hak setiap individu bekerja. Contoh terdekat, pada akhir bulan lalu, Kaka Azraff dan Johan As’ari telah menyelar tindakan Zizan membekukan akaun syarikat.

Artikel Berkaitan: Johan As’ari & Kaka Azraf Selar Tindakan Zizan Razak Bekukan Akaun Syarikat

Tapi, hari ini menerusi laporan Kosmo, Kaka memberitahu bahawa dia tidak pernah menghadapi masalah dengan pembayaran gaji di bawah syarikat Wirefame Entertainment (WFE). Aik…Mana satu betul ni?

Screen Shot 2014-07-10 at 11.30.19 AMKaka Azraff nafi syarikat milik Zizan, Wirefame gagal buat pembayaran gaji

“Tidak benar. Tiada masalah bayaran. Wirefame masih membayar gaji saya seperti biasa. Saya masih mengharapkan Wirefame menguruskan kerjaya nyanyian saya.

Saya tiada niat langsung untuk ke syarikat lain. Apa yang terjadi antara Zizan dan Marina adalah masalah dalaman. Ia tidak melibatkan pihak lain.”

Terlintas juga di fikiran kami adakah Wirefame akan ditutup. Al-maklumlah, kes ni dah jadi kes besar juga dan jika ia ditutup mungkin akan menjejaskan periuk nasi artis naungan Wirefame.

“Saya tidak nampak perkara sedemikian akan berlaku. Insya-Allah, Zizan dan Marina akan terus berbincang. Selama tiga tahun bersama dengan Wirefame, saya nampak perjalanan kerjaya nyanyian saya berkembang.

Tanpa mereka berdua (Zizan dan Marina) saya tidak akan berada pada tahap sekarang. Zizan juga berjaya selepas diuruskan oleh Marina.”

Kalau semua bayaran dilunaskan, bagaimana pula dengan kenyataan bahawa dia dan Johan tak dibayar gaji dulu? Entahlah. Kami pun keliru. Kita tunggu dan lihat sahajalah.

Kredit foto: Instagram Kaka Azraff

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×