berita

Itu Bukan Masalah Bagi Saya – Zizan Komen Isu Penyebaran Gambar Juliana Evans

November 7th, 2012 | by Noraini Nasir | 28 comments
Kini Trending

Itu Bukan Masalah Bagi Saya   Zizan Komen Isu Penyebaran Gambar Juliana EvansZizan Razak akui tidak terkejut dengan penyebaran gambar intim Juliana Evans bersama lelaki yang didakwa sebagai kekasih baru aktres itu, di internet, sejak Jumaat lalu.

Menurut Zizan, sejak tersebarnya gambar tersebut dirinya telah dihujani dengan pelbagai pertanyaan daripada perminat dan rata-ratanya ingin mendapatkan penjelasan berkaitan hubungannya bersama pelakon wanita tersebut.

“Saya tidak tahu hendak jawab apa. Jadi saya memilih untuk mendiamkan diri saja.

“Saya juga tidak terkejut sebab kami memang tidak mempunyai ikatan, malah tidak pernah janji apa-apa. Kalau benar dia sudah ada teman lelaki, itu bukanlah masalah bagi saya.

“Memang saya tidak pernah meletakkan sebarang harapan sebaik saja dia ke luar negara. Saya kurang percaya pada hubungan jarak jauh. Jadi biarlah dia jalani hidupnya sendiri,” komen Zizan mengenai hubungannya bersama Juliana Evans.

Pelakon dan pengacara ini akui pelakon wanita tersebut memiliki ciri-ciri gadis pilihannya, akan tetapi menafikan yang mereka pernah bercinta.

“Dia memiliki ciri-ciri wanita yang saya mahukan – cantik dan gila-gila. Karakter dia sesuai dengan saya, tetapi secara jujur kami tidak pernah serius.

“Saya akui, kami pernah melafazkan kata-kata sayang, tetapi ia tidak lebih daripada ungkapan untuk seorang sahabat baik. Walaupun saya pernah menangis sewaktu menghantarnya ke lapangan terbang pada Januari lalu, tetapi itu bukanlah petanda yang kami bercinta.

“Saya menangis ketika itu sebab bakal kehilangan seorang sahabat baik,” kata pelakon Hantu Kapcai ini.

Sumber : Berita Harian

28 Comments

  1. anti gediks says:

    tu la ko zizan,,bile dah berjaya, kaye..ko pikat yg hot2 jerk..cair sgt..last2 diri sndirik yg mkn hati..Muke lawa xsemestinya hati pun lawa..jue tu stakat nk buat stok geli2 bole la, nk buat bini..pikir2 kan la..

    (0)
    • Olga says:

      tu la dulu ko dump c Leez Af, pastu Diana Amir semata2 ut kejar mat salleh ni! last2 sendiri meran ler..

      (0)
    • Olga says:

      tu la dulu ko dump c Leez Af, pastu Diana Amir semata2 ut kejar mat salleh ni! last2 sendiri meran ler..

      (0)
    • anti gediks says:

      to zizan..Pls “Cermin Muke Kite Dulu”..kekadang Org nih.. suke duit kiter jerk..

      (0)
  2. kan da kono says:

    maapla..aku da xbrapa nk berkenan ngn zizan ni sjak dia makin hot ni..bkn apa..perangai pon da lain..nk yg hot2 jer…ramai je pompuan cantik n gila2 kt luar tu..tp hang dok memilih sngt..nk pan asia la sngt..ayat nk cover je tu,mana ade pompuan laki kwn baik xde prasaan walo skit?jgn bohongla…

    (0)
  3. loveydovey says:

    wow zizan punya ciri2 mcm jue? hmmm takda harapan laaa nie….. huwaaa minat gila kat zizan…. :(

    (0)
  4. Somprang says:

    Zizan banyak lagi kat luar tu yg boleh ko kawan,jue ni stok geli2 mmg boleh..bukan x kenal si minah tu…..

    (0)
  5. Maylowbee says:

    Jangan lupa saksikan Majlis Anugerah Skrin dengan tema ‘Fairy Tale’ dan bakal dihoskan oleh Neelofa, pada 9 November 2012.

    (0)
  6. Somprang says:

    Xpyah nak neelofa sangat la sangkak!

    (0)
    • Maylowbee says:

      Jangan lupa saksikan Majlis Anugerah Skrin dengan tema ‘Fairy Tale’ dan bakal dihoskan oleh Neelofa, pada 9 November 2012. (Orang yang dengki akan dimusnahkan oleh sifat dengkinya sendiri).

      (0)
  7. Anti Kencing says:

    “Saya menangis ketika itu sebab bakal kehilangan seorang sahabat baik,” kata pelakon Hantu Kapcai ini.

    PUHLEEEEZZZZ!!!!

    (0)
  8. cermin says:

    Mudah sgt nk sakit hati ngan orang..x suka org ini, x suka org itu..hrmmm ..agakny diri kita sendiri ni sempurna sgt..ohya agak2 berapa ramai pulak yg x suka kita ye??

    (0)
  9. PuteriGunungLedang says:

    xpe bang zizan..adik disini bole jer nak jadi makwe abg yg baru..tp kite bukan mix mat salih..kita mix cina baba melaka..mau ka???

    (0)
  10. babe says:

    sebok jak kamu semua… Biarla ba bang zi suka sama sepa pn. Boooo

    (0)
  11. Suluh diri says:

    ape2 je…sebuk hal orang…MAYLOWBEE…heboh ko punya neeelofa….x do bestnya Anugerah Skrin 2….ko tengoklah…

    (0)
    • Maylowbee says:

      Jangan lupa saksikan Majlis Anugerah Skrin dengan tema ‘Fairy Tale’ dan bakal dihoskan oleh Neelofa, pada 9 November 2012. (Pendengki akan dimusnahkan oleh sifat dengkinya sendiri).

      (0)
  12. emma lambong says:

    tak apa la zizan… ema maembong ade…. sweet ape…

    (0)
  13. huhu says:

    mtak2 la si neelopak tu wat silap nti..hahahah..lupa skrip..jatuh tergolek ke sbb terpijak gaunnnn kembang ala2 cinderella…ada aksi2 bodoh si neelopak ni..kompom anugerah skrin best

    (0)
    • Maylowbee says:

      Jangan lupa saksikan Majlis Anugerah Skrin dengan tema ‘Fairy Tale’ dan bakal dihoskan oleh Neelofa, pada 9 November 2012. (Orang yang ada sifat dengki akan dimusnahkan oleh sifat dengkinya sendiri dan doalah perkara2 yg baik2 shj). Balik kampong belajar kat pondok ok?

      (0)
      • Suluh diri says:

        orang yang heboh bandar sangat 2 sebenarnya kampung….semua manusia berasal dari kampung sengal…mak apak ko…nenek moyang ko semua dari kampung…BANDAR SANGAT KO LOWBEEEEEE….

        (0)
        • Maylowbee says:

          Mustahil. Takkan la semua manusia berasal dari satu kampong je yang dinamakan kampong sengal (lihat: “Semua manusia berasal dari kampung sengal”). Nampak sgt tk belajar sejarah evolusi manusia dan ketamadunan. Kalo dah bodo tu, ngaku je la.

          (0)
  14. semut api... says:

    setuju dgn anti gediks…..

    (0)
  15. semut api... says:

    cari yg benar2 blh jd isteri….bukan cari buat penyedap jerr…sendiri mau ingat…..

    (0)
  16. Somprang says:

    Sangkak melowbee aka neelopak..ko x pyah nk promote sgt,belakon keras,dengki dgn artis lain lak tuh….hati busuk,elok la kawan dgn org tua yg syok sendiri….propa je lebih

    (0)