Laman Utama » Berita Terkini
Sebentar tadi dunia hiburan digemparkan dengan sebuah gosip panas yang membabitkan pelakon berprolifik, Fauzi Nawawi yang dikatakan mempunyai ‘kekasih gelap’.
Berdasarkan laporan yang diambil daripada sebuah laman gosip hiburan tempatan, kandungan gosip tersebut menyiarkan sebuah kisah benar berkenaan Fauzi yang memiliki skandal dan ‘kononnya’ disahihkan berdasarkan lima keping screenshot blackberry Messenger (BBM) – sebagai bukti dakwaan mereka benar.
Lima keping screenshot yang disiarkan pada laman gosip itu menunjukkan perbualan diantara ‘fauzi’ dengan seseorang yang dipercayai kekasih ‘Fauzi’. Antara kandungan yang perbualan yang dapat dilihat kononnya ‘Fauzi’, memendam rasa terhadap Lisdawati yang dikatakan lebih mementingkan keluarga dan antara lainnya turut menyatakan ingin berkahwin lagi.
Tidak ingin mempercayai dakwaan ini, maklumlah dunia hiburan pasti ada ‘permainannya’ tersendiri. Tidak elok main terjah tanpa usul periksa bukan? Apalagi yang melibatkan hal rumah tangga orang. Oleh yang demikian, OHBULAN! berjaya mendapatkan kenyataan Fauzi berhubung dakwaan ‘panas’ ini menerusi perbualan telefon yang baru dibuat sebentar tadi.
Fauzi nyata terkejut sebaik sahaja dimaklumkan mengenai perkara tersebut dan dia menyifatkan laporan tersebut sebagai satu fitnah.
“Apa nombor BB pin saya? Sebab setahu saya, hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengetahui BB pin saya. Kalau sekadar gambar tertera wajah saya ianya belum dapat membuktikan itu adalah saya.”
“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan tersebut. Dari segi gaya perbualan / tulisan dalam mesej itu jelas sekali membuktikan ia sama sekali bukan saya. Kalau sekadar gambar, sesiapa pun boleh menyamar sebagai saya. Sebelum ini pernah juga terjadi di mana saya pernah join BB group, dan salah seorang teman bertanya sama ada benarkah ini ‘Fauzi Nawawi’, dan saya mengiyakan dan bertanya kenapa, lalu teman tersebut memberitahu bahawa sebelum ini ada individu dengan nama yang sama mengaku dirinya adalah ‘Fauzi Nawawi’ (menyamar). Jadi jelas di sini siapapun boleh menyamar,” ujar Fauzi Fauzi dalam nada tegas.
Fauzi menganggap apa yang terjadi ini sebagai satu ‘game’ buat dirinya, sambil memerli pihak terbabit agar terus menyebarkan fitnah kerana hakikatnya, dia dan isterinya (Lisdawati) bahagia.
Menyentuh semula tentang kandungan mesej tersebut yang turut menyatakan ‘Fauzi’ meluahkan masalah keluarga kepada individu (dipercayai skandal) tersebut sehinggakan menyatakan keinginan berumahtangga sekali lagi, Fauzi ada jawapannya.
“Saya tidak pernah bercerita masalah keluarga saya sama ada dengan ibu saya sendiri waima ibu mertua saya, inikan lagi bercerita meluah segala masalah kepada orang luar, tidak sama sekali.”
“Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa saya tidak akan meninggalkan isteri saya, walau apa terjadi sekalipun, Insyaallah. Dan saya akan sedaya upaya cuba cari jalan untuk menyaman laman gosip tersebut kerana apa yang terjadi ini adalah satu fitnah melampau yang mengaibkan saya dan boleh menjejaskan rumah tangga saya. Walau apa cara sekalipun saya tetap akan membuat tindakan terhadap mana-mana pihak yang terbabit dalam usaha menyebar gosip berunsur fitnah ini. Saya akan menegakkan kebenaran walau hingga ke lubang cacing!” akhiri Fauzi di hujung perbualan bersama wartawan OHBULAN!, 30 minit tadi.






eleh..kaverline lah tewwww
kalau sekali kene tuduh x pe gak..ini dah byk kali….
“jodoh pempuan baik hanya untuk lelaki yg baik..begitu juga sebaliknya”…
yola…kalau skali myb gosip2 liar..tp kalau da berkali2..
since Rotikaya still stick ngn story die..tak remove articletu..means mst bukti kukuhkan
takkan la saje2 serah leher nak kene pancung…uhuhuhuh..
tulah lain kali jangan dok main terjah je tak pasal-pasal kena saman!
hahahah kaverline ke betul xtau la…rotikaya mesti tgh kecut perut
tu arrrr…rotikaya ni main petik je name org…ri tu pandai2 fitnah yg si fahmi col si ex dia tu…padahal si pompuan tu xde pung mantion name..so skrang..tggu n lihat je la….
aku pun rase page ohbulan yg baru ni serabut..huhu
sapa lah yng buat a.fauzi mcm tu.jahat btul …bodoh btul sapa yng buat abng mcm tu….
tuhhhh….mcm blagak je
laman gosip mna tu?
roti kaya
lagi suke ohbulan yg lame
kalau betul lagi aq suka..
biar padan muka nisdawati..
Sabo je la fauzi oi…
Antara pelakon yang kuat bertalam muka di Msia ni….. kaki clubbbing pasti kenal dia ni….
ala… x heran lah kalau Fauzi ni ada pasang skandal.. yelah dia kan makin laku sekarang.. mesti ramai ppuan nk duk berkepit.. lagipun Fauzi ni gagah sekali.. siapa yg x nak!
kaye la dorg klu laki bini menang saman…. :)
Kita saman.. Kita saman laman gossip hiburan yg tak makan saman!
ahhhh keja laki bini nie asyek nak menyaman orang jerr..
tapo orang kata xder angin masakan pokok leh goyang.. :P chill yaaa
Assalamualaikum…
aiya, asyik2 Fauzi ni yang kene gosip…cam xde orang lain…haha…
rambut rebonding je lebey fauzi nawi ni..tetibe plak..hehe
hahaha, tau xpe..dh mcm mangga0n9 plak..tp baguih de improvement..
kita bako
ya betul tu tu….lg bagus oh bulan yg lama..yg baru nie nampak mcm serabut jer….
saman..saman, jgn x saman. kalau bukan, pertikai sudah,…ini main nak saman2, turun naik makhamah, target brape ratus ribu plak nak saman roti kaya?
untunglah kauuuu . keje takyah kuar peluh cari duit, tunggu gossip kua psl ko, ko saman .
ckit2 nak saman ..
ckit2 nak saman ..
aku pun x suke oh bulan skrg nie….. x reti aku nak browse… dulu punye simple n easy but niceeeee
BBM nie kdg2 mmbwa msalah… ak pon da terkna..
ade baek ade bruknya..huhu..
kata laman gosip tu plak ” Saman lah, ada aku kesah”
HAHAHA