berita

“Itu Juga Satu Kebangangan”- Pandangan Suami & Ayah Bila Wanita ‘Show Off’ Breastfeed Anak

January 12th, 2016 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

susu bayi 2

Kecoh apabila Page Amran Fans diserang oleh kaum wanita kerana meluahkan pendapat mengenai sikap terlampau ‘keterbukaa’ sesetengah ibu-ibu yang terlampau ‘open’ mengenai breastfeed sehingga memuatnaik foto tersebut di laman Facebook.

Seringkali komen dihujani oleh kaum ibu, kali ini Iqbal Syarie meluahkan pendapatnya sebagai seorang lelaki yang bergelar suami dan juga ayah.

breatfeed

(gambar hiasan)

Aku pernah like page Amran Fans, dan dah lama unlike sebab aku rasa Amran banyak merapu dan melampau-lampau dalam repeknya.

Tapi harini naik kat newsfeed aku isu yang ditimbulkan Amran pasal breastfeeding. Mungkin sebab kawan-kawan aku ada Like dan Share post Amran.

Minggu depan, anak aku genap 5 bulan. Dia pun fully breastfeed. Tak tambah susu formula lagi. InsyaAllah hajatnya nak bagi 6 bulan exclusive breastfeeding.

Sebenarnya kalau bukan sebab aku jadi bapak, aku mungkin sampai bila-bila pun tak akan tahu cabaran seorang ibu untuk menyusukan anak. Kita ingatkan mudah dan senang. Tapi rupanya susah. Mungkin sebab itu Tuhan tak ciptakan orang lelaki ada susu. Sebab Dia tahu kita tak mungkin akan mampu.

Dan aku juga selalu bawa isteri dan anak aku jalan-jalan. Seperti bayi lain, anak aku juga akan merengek dan menangis minta susu. Dia tak faham apa-apa, jadi bila-bila saja pun dia boleh minta. Sekalipun masa tu kita kat luar rumah atau di tempat awam.

Macam bini aku, bila dia bagi susu kat anak aku, dia akan pakai nursing cover. Untuk pengetahuan korang, nursing cover ni macam satu helai kain yang sangat besar yang boleh sorokkan anak kau bawah kain tu (sambil dia menyusu). Jadi orang tak nampak langsung yang rupanya kau tengah menyusu. Tujuannya, supaya orang tak nampak.

Dan aku sebagai suami pun, aku akan tolong bini aku pakai nursing cover dan tolong dia untuk prepare diri dia supaya selesa untuk menyusu. Selesa supaya tak lenguh, dan selesa supaya tak ada orang nak intai.

Dan harini aku tak faham… Kenapa ada ibu muda yang nak tunjuk yang dirinya sedang menyusukan anak. Walhal sebagai suami aku sedaya upaya nak tolong cover kalau isteri aku nak menyusu.

Aku faham, mungkin ada yang menganggap itu sebagai apersiasi dan kebanggaan. Tapi boleh jadi itu juga satu kebangangan.

Betul, ibu yang menyusukan anak itu hebat. Macam bini aku, pun hebat. Banyak cabaran ibu menyusu ni antaranya nak fikir macam mana nak bagi susu sentiasa cukup, nak kena jaga diet sebab kalau ibu salah makan, anak pun boleh sakit perut, pastu nak kena pump supaya tak kena bengkak susu, dan macam-macam kesakitan dan cabaran yang kita sebagai suami tak akan rasa. Kita cuma bersimpati. Rasa, tidak.

Betul menyusu badan ni mudah sebab pertama kau dah jimat. Susu formula satu tin pun mahal. Pastu jimat masa dan tenaga. Tak payah sibuk-sibuk nak bancuh dan masak air panas, dan sebagainya.

Tapi kau kena ingat. Bukan semua orang Tuhan rezekikan dengan milk production yang cukup. Ada yang tak boleh nak hasilkan susu badan. Percayalah, setiap ibu mahukan yang terbaik untuk anak dia.

Sedangkan kalau seekor nyamuk gigit anak kau pun kau dah marah, inikan pula kalau anak kau menangis sebab lapar. Jadi terpaksalah kau beri juga susu formula. Kan?

Jadi para ibu yang menyusu badan, benda macam ni kau kena fikir juga. Bukan semua orang macam kau sampai kau nak berbangga-bangga dengan sesuatu yang kau miliki, tapi orang lain tidak ada.

Kepada lelaki pula, hargai isteri kita. Aku bila tengok susah payah isteri aku nak pam susu supaya bayi kitorang cukup makannya, aku pun terasa cabarannya. Balik kerja lepas ambik anak kat pengasuh, terus bagi pergi simpan susu yang dipam masa di pejabat tadi.

Kau ingat mudah ke nak cari ruang dan masa nak buat semua tu? Sebab tu hargailah isteri kita. Mereka dah banyak berkorban untuk anak kita. Tak ada pun diorang mintak elaun atau gaji sebab menyusukan anak kita.

Mereka cuma mahukan penghargaan dan ucapan terima kasih serta sokongan daripada kita, para suami dan anggota masyarakat. Kita pula sebagai masyarakat, usahlah nak menghasut orang lain supaya menyusu atau tidak menyusu. Setiap orang ada masalah masing-masing. Tak semua orang perlu jadi pendebat.

Aku mungkin faham kalau orang yang suka menunjuk-nunjuk pasal susu ni kata, “Kami nak raise public awareness pasal breastfeeding”.

Ye aku paham. Sebab rata-rata orang Malaysia ni masih menganggap benda tu sebagai simbol seks. Tengok sendiri bahasa yang digunakan oleh Amran Fans (dan kebanyakan lelaki yang komen dalam post dia). Walhal Allah S.W.T memuliakan mereka (wanita) berbanding kita (lelaki) dengan makanan (rezeki) kepada bayi pun Allah salurkan dengan cara yang begitu.

Sepatutnya bukan sahaja ibu-ibu itu malu untuk mem-public-kan momen-momen penyusuan mereka, tapi kita pun patut rasa malu untuk komen yang bukan-bukan.

Betullah… Akhir zaman ni orang makin hilang rasa malu. Kalau dulu kita tak pernah terbayang pengantin bercium dalam masjid depan orang ramai, harini benda tu dah ada. Yang jenis upload gambar menyusu pun dah ada.

Mari kita ubah cara pandang kita terhadap maruah. Hargai isteri kita.Bantu, sokong, dan lindungi maruah mereka. Bantu agar mereka selesa dan mudahkan proses penyusuan mereka.

Tapi sesekali jangan menjadikan itu sebagai modal publisiti. Perlu diingat, apa-apa yang kita ‘post’ di media sosial akan ‘kekal’ sekalipun selepas dipadam. Fikir panjang sikit.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×