berita

Izara Aishah Buat Surprise Birthday Party Untuk Adib?

October 16th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2014-10-16 at 11.40.45 AM

Minggu lalu, kami dapat tahu ramai jejaka-jejaka Malaysia makan hati dan bermuram durja dek kerana pelakon cantik, Izara Aishah membuat pengakuan bahawa dia dan Adib kini sedang bercinta.

Meskipun selepas itu timbul desas-desus bahawa bekas teman wanita Adib memberi peringatan kepada Izara tentang sikap sebenar Adib. Namun, kami pun tak pasti sama ada betul ke wanita yang bernama Yuna tu bekas teman wanitanya. Jadi, abaikan je gosip tu. Huhu.

Terkini, hari lahir anak tiri kepada Dato’ Siti Nurhaliza itu diraikan dalam sebuah surprise party yang agak meriah. Ada yang mendakwa bahawa kejutan tersebut dirancang oleh Izara. Wahh.. untunglah.

Screen Shot 2014-10-16 at 11.41.30 AM

Antara foto bersama Izara yang dimuat naik oleh Adib

My girl surprised me last night. Thank you to all my friends that came, i love each and everyone of you.I’m so thankful for all of the blessings i have received this year, from my family, to my friends, my dream job, my dream girl. What more could i ask for.. To an even better year ahead!!! Love – Adib Khalid

Daripada caption tersebut, maka kami pun tahulah bahawa mereka mendakwa Izara yang merancang surprise birthday party Adib ini kerana penggunaan perkataan ‘my girl‘ dan ‘my dream girl’ tu.

Jika benar bagai dikata, kami pun mendoakan agar hubungan pasangan ini akan berpanjangan sehingga ke jinjang pelamin. Kelas tau dapat Dato’ Siti Nurhaliza sebagai mak mertua tiri.

Kredit foto: Instagram Adib

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×