berita

Izara Aishah Duta Butik Pakaian Cosry

July 23rd, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Izara Aishah merupakan nama yang tidak asing lagi di kalangan peminat industri seni tempatan. Namanya mula dikenali setelah membintangi sebuah drama di TV3 iaitu Vanila Coklat, di mana drama tersebut telah mendapat sambutan hangat di kalangan peminat drama tempatan.

Baru-baru ini sebuah butik tempatan, Cosry telah melantik Izara Aishah sebagai duta baru jenamanya. Menurut pengarah urusan Cosry Purple Label, Ariff Quasri, pemilihan Izara sebagai duta baru jenama pakaiannya kerana beliau memiliki kelebihan dari segi rupa paras dan kebijaksanaan dalam penggayaan busana. Selain itu, umur Izara yang masih muda turut menjadi faktor pemilihan, kerana Ariff percaya ia dapat membantu membuka mata golongan yang berumur antara 20-35 tahun, untuk mencuba jenama pakaiannya.

Menurut Izara Aishah, peluang ini diterima dengan sebaiknya kerana beliau sendiri mempunyai pengetahuan dan sudah selesa dengan rekaan Cosry. Selain itu, Izara sendiri pernah menggayakan busana rekaan Cosry sewaktu majlis Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun ini dan busana tersebut telah mendapat pujian daripada semua pihak. Oleh itu, Izara tidak teragak-agak untuk menerima tawaran ini dengan tangan yang terbuka.

Baru-baru ini, jenama Cosry telah mengadakan Majlis Pelancaran butik konsep pertama mereka di The Curve, Mutiara Damansara. Jenama yang sinonim dengan rekaan busana pengantin selebriti ini, kini telah melebarkan sayapnya dengan koleksi busana “ready-to-wear” dikenali sebagai Cosry Purple Label.

Sewaktu majlis pelancaran tersebut, butik Cosry turut memperagakan fesyen koleksi terkini Cosry Purple Label iaitu “Raya Collection 2012”. Koleksi raya pada kali ini lebih mengetengahkan rekaan busana berpotongan kurung moden, jubah, kaftan dan kebaya moden.

Sumber : Gua.com

SKIP THIS AD ×