berita

Izreen Azminda Padam Foto Amar Baharin Sebab Rimas

November 13th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Izreen-Azminda-Minta-Tunggu-Keputusan-Mahkamah-Tentang-Isu-Cerai-ROTIKAYA

Aik, pelik pula kami dengan tindakan Izreen Azminda ni. Mana taknya, apabila kami intai laman Instagram pelakon ini, hanya tinggal beberapa keping foto saja yang tinggal.

Tindakan Izreen memadam hampir kesemua foto-foto termasuklah gambar aktor kacak Amar Baharin ini betul-betul mengundang persoalan.

Bukan apa, sebelum ini Izreen boleh dikatakan rapat dengan Amar. Alih-alih, habis semua gambar dipadam. Bergaduh ke?

16087_10152320104788435_273729943756101974_n

Rupa-rupanya, kami difahamkan, Izreen mengambil tindakan memadam foto bersama Amar kerana sudah rimas digosipkan dengan jejaka itu.

Janganlah kaitkan lagi saya dengan dia. Saya sampai rasa rimas. Lagipun saya ada kehidupan sendiri dan dia juga begitu. Bagilah kami ruang.

Bila saya letak gambar saya dan dia, mulalah macam-macam orang komen. Jadi, saya rimas orang asyik bercakap tentang kami. Tidak mahu pening kepala, sebab tu saya padam semua gambar itu. Saya harap selepas ni janganlah kaitkan lagi saya dengan dia.

Pelik memang pelik. Dah macam pasangan bercinta yang baru putus pula nak padam-padam gambar ni. Hehe.

Namun, kami memahami apa yang Izreen rasa. Iyalah, siapa tak rimas jika asyik dikaitkan dengan perkara yang tidak-tidak.

Rasa-rasanya Amar padam foto Izreen tak?

Sumber : Malaysian Digest

SKIP THIS AD ×