berita

Izzue Islam Ambil Peluang Bukan Diambil Kesempatan

December 20th, 2012 | by Ai | 11 comments
Kini Trending

Pelakon dan juga ahli kumpulan Forteen, Izzue menolak tuduhan penglibatannya sebagai pelakon selain bergelar penyanyi kerana tidak menonjol dalam bidang nyanyian berbanding anggota kumpulan yang lain.

Izzue atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 22, berkata dia tidak pernah terfikir tentang isu itu kerana pada hakikatnya dia sudah menceburi dunia lakonan terlebih awal sebelum menyertai kumpulan Forteen.

“Saya tidak setuju jika ada yang dakwa saya aktif berlakon kerana kurang menonjol berbanding ahli-ahli Forteen yang lain. Orang masih keliru dan tersalah faham. Sebenarnya, saya sudah berlakon terlebih dahulu sebelum menyertai kumpulan Forteen lagi,” katanya di majlis penutup pengambaran filem Sunti@Facebook.

Dia juga tidak bersetuju apabila penglibatan dalam kumpulan Forteen dianggap mengambil kesempatan ke atas dirinya sebagai penyeri dan tarikan kepada peminat kumpulan itu dengan paras rupa yang dimiliki.

“Forteen ada kelebihan masing-masing. Sebenarnya, saya datang ‘casting’ di KRU untuk belakon, tetapi dalam masa yang sama mereka bertanyakan bakat lain yang saya miliki. Memang saya boleh menyanyi dan saya mempunyai ‘band underground’ sendiri. Dari situ mereka mencungkil bakat dan menawarkan saya menyertai kumpulan Forteen. Saya hanya ambil peluang yang datang sekali dan bukannya mereka mengambil peluang ke atas saya,” ujar Izzue.

Menurutnya, sebagai orang baru, dia masih lagi mencari peluang terbaik bagi memantapkan profil karier. Kedua-dua bidang menjadi keutamaannya. Setakat ini, ahli kumpulan Forteen memahami jadualnya dalam lakonan dan nyanyian kerana sudah termasuk dalam perjanjian merekan sebelum dia menyertai Forteen.

“Sampai hari ini saya masih belum dapat memutuskan mana satu yang terbaik kerana kedua-dua bidang itu adalah impian saya,” katanya.

Apabila ditanya tentang kekasih, dia mengakui sudah mempunyai kekasih hati tetapi tidak mahu berbicara lebih lanjut mengenai hubungan dengan kekasihnya. Menurut Izzue, dia tidak mahu mencampuri hal peribadi dalam kerjaya seni terutama percintaan, kerana takut menjejaskan prestasi kerjayanya sekarang.

“Tipu la kalau saya katakan tiada kekasih hati. Ada, tapi saya tidak mahu cerita. Kalau kata tiada, nanti orang fikir lain pula. Tunggu masa yang lebih sesuai untuk berkongsi dengan semua, InsyaAllah,” Ujar Izzue lagi.

Terbaru, Izzue baru sahaja tamat pengambaran filem seram “Sunti@Facebook” dan dijangkakan akan menemui penonton awal tahun depan.

11 Comments

  1. Elsa says:

    Izzue kalau belakon terbaek… Belakon jer batter dari menyanyi…

    (0)
  2. laila says:

    Ok pe dia brlakon ada pakej tu.

    (0)
  3. mawarberduri says:

    dia ni belakon cerita apa?

    (0)
    • noname says:

      die belakon byk da..mmg best die belakon..atr cte die belakon hantu kapcai (ade misai-best gle die jd mat rempit tu), drama mimpi cinderella jd tunang si lorna, yg terbaru drama duri kt astro, dia bwk watak hazim adik kpd muzhaffar..huhu

      (0)
      • booooooooooooooo says:

        dier pgg watak hazim yer..bgos2..tp sbot sal duri..asenyer hero dier tu xbpe sesuai mamat tu pgg..ptotnye lbh matang skit..pndapat jela…

        (0)
    • Maylowbee says:

      Brokeback mountain, versi melayu.

      (0)
  4. facebook_zacmeera04 says:

    saya suka bakatnyaaaaaaaaaaaa…

    (0)
  5. Elsa says:

    sedih la xknl artis negara sendir.. artis luar ko puja2 sangat kan…..

    (0)
    • Maylowbee says:

      x kenal artis negara sendiri mmg teruk. kalo fitnah-fitnahkan artis negara sendiri lagi dasyat.

      (0)
  6. kirana says:

    aku ske dia ni…dah byk dah drama dia berlakon,cme mgkn dia blum dpt watak utama je…aku ske tym dia hairy skit,selekeh mcm cite ‘jgn ambil padang kami’…

    (0)
  7. booooooooooooooo says:

    dier blakon bgos..tp sebenarnyer aku tak knal pon dier ahli kump forteen ke..lbh knl dier sbg plakon…berbakat…

    (0)