berita

Izzue Islam Serah Soal Anak Pada Takdir

October 31st, 2013 | by Ai
Kini Trending

Majlis Doa Selamat Showbiz Production -5

Pelakon dan penyanyi terkenal, Izzue Islam akui kekangan masa bersama isteri tercinta, Awin merupakan salah satu sebab mengapa mereka belum dikurniakan cahaya mata sehingga kini.

Menurut Izzue, dia dan isteri sering sibuk dengan kerjaya masing-masing sehingga menyebabkan mereka tiada masa untuk merancang bulan madu bersama.

Alhamdulillah seperti pasangan berkahwin yang lain, kami sangat bahagia. Sebelum atau selepas kahwin, semuanya sama, tiada sebarang perbezaan. Cuma dulu kami duduk berasingan, tetapi sekarang dah duduk satu bumbung, jadi pengurusan itu lebih mudah dan teratur.

Pasal anak, Insyallah, kalau ada rezeki, adalah. Kami memang tak pernah rancang. Kalau Tuhan nak bagi rezeki awal, kami terima.

Buat masa ini kami sibuk dengan tugas masing-masing, sampaikan belum ada masa untuk pergi bulan madu sendiri. Bulan madu yang sebelum ini pun kami pergi atas urusan kerja (penggambaran).

Majlis Doa Selamat Showbiz Production -4

Izzue sedang pilih masa yang sesuai untuk bawa Awin berbulan madu

Meskipun begitu, pelakon drama Sahabat ini akui perkara tersebut langsung tidak menjejaskan keharmonian rumah tangga mereka, malah merasa selesa dengan kehidupan sekarang.

Insyallah, memang ada rancangan untuk pergi bulan madu sendiri, tapi buat masa ini belum ada masa yang sesuai.

Walaupun masing-masing sibuk, tapi kami tak ada masalah. Kami Ok je dengan semua ini. Kadang-kadang Awin ada juga datang ke lokasi penggambaran saya untuk lihat bagaimana saya bekerja.

Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan dengan baik.

Beralih kepada perkembangan kerjaya seni, Izzue bakal muncul dengan tiga filem terbarunya bersama Showbiz Productions berjudul Hantu Tok Mudim (21 November), Ular (5 Disember) dan Chikaro (26 Disember).

Dalam pada itu, kumpulan Forteen juga bakal muncul dengan album sulung mereka pada 27 November ini dan single terbaru mereka berjudul, Tak Pernah Berjumpa. 

Apa pun, untuk semua peminat Izzue Islam, di sini OHBULAN! selitkan beberapa foto terbaru pelakon tersebut sewaktu bertemu di majlis doa selamat Showbiz Productions baru-baru ini.

SKIP THIS AD ×