berita

JLo Jual Badan Dalam Foto Cover, Unsur Sensual Lariskan Album?

May 6th, 2014 | by Ai
Hollywood

jennifer-lopez-aka

Istilah seksi dengan selebriti-selebriti Hollywood memang berpisah tiada. Setiap kali munculnya album atau muzik video terbaru, pasti ramai yang berlumba-lumba mahu tampil lebih seksi dan menggoda.

Jarang sekali dapat kita lihat muzik video yang ‘bersih’ dari elemen-elemen ghairah seperti ini, jika ada pun hanyalah sebahagian sahaja.

Terbaru, Jennifer Lopez atau lebih dikenali sebagai J.Lo turut menggunakan penampilan seksi sebagai foto cover album terbarunya berjudul A.K.A.

jennifer-lopez-aka

Sekali pandang, kami percaya pasti ramai yang terpukau melihat juri American Idol itu berdiri penuh karakter sambil memakai kostum berwarna merah yang terdedah di bahagian atas menampakkan sebahagian besar payudaranya.

Tetapi bila difikirkan semula, gambar tersebut langsung tidak memberikan gambaran jelas mengenai maksud judul album tersebut. Ini jelas membuktikan, pihak pengurusan muzik di sana percaya unsur sensual mampu melariskan jualan album mereka.

Album kelapan J.Lo itu bakal menampilkan Robin Thicke, Big Sean, Wiz Khalifa selain memuatkan beberapa lagu terbaru antaranya First Love, I Luh Ya Papi dan Same Girl.

Apapun, jom dengar lagu First Love di bawah ini. Semoga terhibur!

Kredit foto: Instagram J.Lo

SKIP THIS AD ×