berita

Jadi Popular Kerana Benda Mengarut. Apa Rasionalnya?

July 18th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

STUPID

Sekadar gambar hiasan

Semakin maju dunia, semakin banyak perkara mengarut yang berlaku. Malah, kadang-kadang perkara mengarut itu lah yang bikin nama seseorang individu itu famous.

Come on! Saya bukan bercakap pasal Kiki The Steering Lock yang menjadi jemputan di stesen-stesen radio sahaja ya? Sebabnya, sudah berlambak komentar yang memberikan hujah lebih pedas sekaligus menganggap bahawa stesen radio tersebut bagaikan sengaja menangguk di air yang keruh.

Artikel Berikutan: Netizen Persoal Tindakan Stesen Radio & Pak Nil Tentang Permohonan Maaf Gadis #CDM25

Jadi lupakan sebentar soal tersebut. Realiti memang pahit untuk ditelan tetapi bila kita perhatikan sekeliling, sebenarnya memang ramai lagi insan-insan yang jadi ‘selebriti’ segera dek kerana perkara mengarut atau dalam erti kata lain, tak masuk akal.

Tiada niat mahu memburukkan sesiapa, cuma penulis kadang-kala terfikir apakah rasionalnya untuk golongan sedemikian mendapat perhatian yang agak keterlaluan, baik di laman sosial mahupun daripada pihak media sendiri?

Contoh paling kritikal dan tak munasabah ialah video ‘lawak’ yang dimuat naik oleh Bobo pernah menjadi trending satu ketika dahulu. Sekali tengok, okay it’s funny. Tapi bila berkali-kali upload video yang lebih kurang sama, datang pula perasaan annoying dalam hati.

Screen Shot 2014-07-17 at 10.26.16 PM

Bobo di dalam video hitsnya, Sayang

Ha.. Ingat lagi tak Syasya Macam Cantik ataupun nama glamornya Syasya Solero. Pada mulanya memang dia dihentam teruk di laman sosial dengan pelbagai kritikan. Gedik, perasan cantik, tak tau malu. Itu adalah kecaman yang diterima oleh gadis itu.

Namun, tidak lama selepas itu Syasya telah dilamar oleh penyanyi, Amar untuk berduet dengannya dalam sebuah lagu berjudul ‘Macam Cantik Jer, Macam Comel Jer’. Nasib baiklah lagu itu berunsur islamik, kalau tak rasanya lebih banyak lagi kritikan yang diterimanya.

Screen Shot 2014-07-17 at 10.29.37 PM

Syasya Solero dalam lagu ‘Macam Cantik Jer, Macam Comel Jer’

Mungkin di zaman moden ini, kehendak pasaran agak unik. Maka, atas desakan tersebut lahirlah idea untuk men’selebriti’kan individu-individu seperti ini. Jadi, tidak hairanlah lepas ni makin banyak artis yang ‘bimbo’.

Bagi penulis, bukankah lebih elok jika popular disebabkan perkara-perkara yang lebih positif dan membina? Contoh terdekat adalah 2 orang vloggers iaitu Mat Luthfi dan Anwar Hadi.

Tidak dinafikan mereka juga mempunyai golongan haters tersendiri, tetapi nampak objektif mereka yang mahu mengajak penonton untuk melakukan kebaikan.

Screen Shot 2014-07-17 at 10.32.22 PM

Video terbaru sempena bulan Ramadhan oleh Mat Luthfi

Kesimpulannya, setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza. Namun, setiap pandangan itu jelas memiliki ‘harga’nya yang tersendiri.

Artikel ini hanyalah sekadar analisa daripada penulis. Mungkin anda juga mempunyai hujah yang mampu membuatkan kewujudan selebriti-selebriti segera ini relevan dalam industri hiburan tanah air. Jadi, jangan segan, please drop your comment below!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×