berita

Jaga-Jaga, David Blaine Mungkin Ada Di Sebelah Anda Malam Ini Atau Esok. Surprise!

September 3rd, 2014 | by Ai
Kini Trending

Screen Shot 2014-09-03 at 21.37.11

Pejam celik, pejam celik, rupanya hari yang ditunggu-tunggu tinggal beberapa puluh jam je lagi. Ya, saya maksudkan hari Jumaat ni.

Seperti yang telah diberitahu sebelum ini, ahli silap mata terkenal dari Amerika Syarikat akan mengadakan persembahan sulungnya di Malaysia menerusi David Blaine “Real or Magic” Asia Tour 2014.

Bukan setakat peminat je yang teruja, tapi David sendiri yang ditemui sewaktu Majlis Sidang Media khas yang diadakan di ibu negara petang tadi juga dah tak sabar mahu menunjukkan kuasa magisnya di Stadium Negara.

Blaine4-poster

Tapi sebelum tu, David juga simpan angan-angan untuk melakukan silap mata jalanan di sekitar KL tanpa anda sedari. Wah best tu!

Ya, saya rasa saya akan cari masa dalam masa dua hari ini untuk keluar dan lakukan aksi silap mata jalanan. Sebenarnya saya memang suka buat macam tu. Saya akan buat persembahan di tempat-tempat yang mana orang takkan jangka.

Bagi anda yang masih belum mendapatkan tiket untuk ke David Blaine “Real or Magic” Asia Tour 2014, lebih baik cepat kerana tiket untuk kategori VIP sudah pun habis terjual.

Tiket-tiket boleh didapati di Ticket Pro atau Facebook LiveScape Asia dari harga RM138 untuk kategori Cat 5, Cat 6 RM188, Bronze RM248, Silver RM318, Gold RM418, dan Platinum RM518.

Kredit foto: Mohd Redzuan Samsuddin

SKIP THIS AD ×